| Mewarna rambut tidak dilarang 29 September 2001 Soalan Apakah hukum mewarnakan rambut? Abdullah Kota kinabalu Jawapan PERBUATAN mewarnakan rambut dengan inai atau apa saja bahan yang halal tidak dilarang oleh Islam cuma perkara yang dilarang ialah menggunakan bahan yang mungkin menghalang air daripada terkena pada rambut. Apa yang perlu diperhatikan di sini bahawa tujuan mewarnakan rambut itu ialah untuk memperelokkan lagi rambut dan menyihatkannya. Jika warna yang diletakkan pada rambut itu boleh menimbulkan aib seperti mewarnakannya dengan warna hijau, jingga dan sebagainya, sudah tentu ini menyimpang daripada maksud sebenar keharusan berkenaan yang disebut dalam sebuah hadis bermaksud, �Barangsiapa yang ada rambut hendaklah dia menjaganya dengan sempurna�. Dato Dr. Masitah |