| Tidak perlu buang tatu 15 September 2001 Soalan SAYA mempunyai seorang rakan yang ingin memeluk Islam. Masalahnya, di tubuhnya penuh tatu. Adakah dia perlu membuang tatu itu sebelum atau selepas memeluk Islam? Kiriman: Athira, Johor Bahru, Johor. Jawapan ORANG bukan Islam setelah memeluk Islam, Allah akan mengampuni semua dosanya yang lalu. Tatu bukan mudah untuk dihilangkan. Syarat untuk masuk Islam tidaklah perlu membuangnya lagipun ia mungkin akan memudaratkan. Islam mengalu-alukan kedatangannya dan janganlah menampakkan Islam seolah-olah agama yang sulit. Insya-Allah, Allah akan menerima dia seperti orang lain dengan syarat selepas memeluk Islam dia mestilah melakukan amal ibadat seperti yang dituntut Islam dan meninggalkan perkara mungkar. Dato Dr Masitah |