| JENAYAH ROGOL MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM | ||||||||||||||||||||||||
| JENAYAH ROGOL | ||||||||||||||||||||||||
| DEFINISI: | ||||||||||||||||||||||||
| "Hubungan sex di antara lelaki dengan se orang wanita yang bukan isterinya tanpa keizinannya samada ianya berlaku melalui kemaluan atau dubur" | ||||||||||||||||||||||||
| -Keizinan di dalam hubungan sex membedakan di antara zina dengan rogol. | ||||||||||||||||||||||||
| -Sebahagian ulama seperti Al-Namir meletakkan rogol sama katagorinya dengan zina. Namun pendapat ini dikira kurang tepat kerana jika konsep ini dilaksanakan, kedua-dua yang terlibat akan dikenakan hukuman dan ini tentunya tidak adil terhadap mangsa yang dipaksa melakukan perbuatan tersebut samada dengan ugutan senjata atau sebagainya. Menghukum mereka yang dipaksa melakukan sesuatu jenayah adalah bercanggah dengan maksud sebuah hadith: | ||||||||||||||||||||||||
| "Dimaafkan kesalahan ummatku kerana tersalah, lupa dan dipaksa" | ||||||||||||||||||||||||
| ELEMEN-ELEMEN ROGOL | ||||||||||||||||||||||||
| Hubungan sex | ||||||||||||||||||||||||
| Yang dimaksudkan dengan hubungan sex ialah apabila berlakunya kemasukan (penetration) ke dalam kemaluan wanita meskipun selaput dara wanita tersebut tidak pecah. Ini kerana kadangkala selaput dara seseorang wanita adalah sukar untuk dipecahkan. Hubungan sex juga dinggap sempurna meskipun jika lelaki itu tidak mengeluarkan air mani (ejaculation). Perbuatan meramas dada wanita, atau mengeselkan kemaluan lelaki ke kemaluan wanita juga tidak boleh dianggap rogol selagimana kemasukan tidak berlaku tetapi mereka yang melakukan perbuatan tersebut boleh dikenakan hukuman ta?zir kerana melakukan sesuatu yang bercanggah dengan syariat Islam. | ||||||||||||||||||||||||
| Perbuatan meliwat wanita dengan paksa samada menggunakan senjata atau tidak jika ianya berlaku tanpa kerelaan wanita tersebut juga boleh dikatagorikan sebagai jenayah rogol | ||||||||||||||||||||||||
| WANITA MEROGOL LELAKI | ||||||||||||||||||||||||
| Meskipun pada kebiasaanya jenayah rogol dilakukan oleh golongan lelaki terhadap wanita, hukuman yang sama boleh diaplikasikan terhadap wanita jika mereka memaksa lelaki melakukan hubungan sex jika perbuatan tersebut mencukupi segala syarat-syarat dan rukun-rukun di dalam jenayah rogol. | ||||||||||||||||||||||||
| KEDUDUKAN MEREKA YANG MEMAKSA ORANG LAIN MELAKUKAN ROGOL | ||||||||||||||||||||||||
| Jika seseorang itu memaksa orang lain melakukan jenayah rogol, maka orang yang memaksa itu bertanggungjawab sepenuhnya di atas jenayah yang dilakukan oleh orang yang dipaksa itu. Ini kerana seperti yang dijelaskan sebelum ini, mereka yang dipaksa melakukan jenayah tidak boleh dipertangungjawabkan di atas jenayah yang dilakukan di dalam keadaan terpaksa. Begitu juga keadaannya jika seseorang itu memberikan dadah kepada seseorang tanpa pengentahuannya dan kemudiannya hilang akal, lalu melakukan jenayah rogol, maka yang memberikan dadah itulah yang akan dipertangungjawabkan. Tetapi jika seseorang itu mengambil dadah dengan kerelaannya sendiri dan hilang akal dengan sebab dadah tersebut kemudian melakukan jenayah rogol, maka dia akan dipertangungjawabkan di atas jenayah yang dilakukannya. | ||||||||||||||||||||||||
| ii) TIADA KERELAAN WANITA | ||||||||||||||||||||||||
| Kerelaan wanita adalah salah satu elemen yang amat penting yang membedakan di antara zina dan rogol. Se orang wanita dianggap tidak merelakan hubungan sex dengan seseorang lelaki apabila dia melawan secara fizikal (kebiasaanya jika perogol orang yang tidak dikenali) atau menyatakan bahawa dia tidak mahu disetubuhi (jika progol yang yang dikenali seperti teman lelaki). Menurut kajian, 60% daripada mangsa akan melawan perbuatan seorang lelaki yang ingin menyetubuhinya secara paksa. Jika seorang wanita tidak melawan perbuatan lelaki yang ingin merogolnya kerana kesan pengambilan dadah yang diberikan kepada wanita tersebut, lelaki tersebut tetap dianggap bersalah melakukan jenayah rogol. | ||||||||||||||||||||||||
| Jika hubungan sex berlaku dengan kanak-kanak di bawah umur dengan keizinannya meskipun kanak-kanak itu tidak memahami tentang akibat perbuatan tersebut, perbuatan itu tidak boleh dianggap rogol kerana keizinan telah diperolehi. Lelaki tersebut akan didakwa melakukan zina dan akan dikenakan hukuman hadd zina manakala kanak-kanak di bawah umur tidak akan dikenakan hadd kerana tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan iaitu mukallaf. | ||||||||||||||||||||||||
| Keizinan juga tidak dianggap sah jika sekiranya keizinan tersebut diperolehi dengan cara tipu daya seperti menyamar sebagai suami kepada wanita tersebut. Perbuatan tersebut juga boleh dianggap sebagai rogol meskipun wanita itu tidak melawan kerana ianya berlaku bukan dengan keizinan yang sebenar. | ||||||||||||||||||||||||
| Keizinan juga tidak dikira jika wanita tidak lagi mampu untuk melawan kerana kehabisan tenaga di dalam kes rogol berkumpulan. | ||||||||||||||||||||||||
| iii) TIADA IKATAN PERKAHWINAN | ||||||||||||||||||||||||
| Tiada ikatan perkahwinan juga salah satu dari elemen penting di dalam rogol. Ini kerana satu-satu kes rogol hanya berlaku di antara mereka yang tidak ada ikatan perkahwinan. Ini kerana jika se orang suami memaksa isterinya melakukan hubungan sex sedang isterinya enggan, maka suami tersebut tidak boleh didakwa dengan dakwaan merogol kerana se orang berhak melakukan hubungan sex dengan isterinya bila-bila masa kecuali jika isterinya di dalam haid atau nifas. Jika se orang suami memaksa isterinya melakukan sex semasa dua keadaan tersebut, lelaki tersebut dikira telah melakukan kesalahan tetapi bukan di atas tuduhan rogol tetapi di atas kesalahan ta?zir sahaja. Walaubagaimanapun, jika yang dipaksa itu adalah wanita yang telah diceraikan dengan talak tiga, perbuatan tersebut boleh dianggap rogol kerana lelaki itu sudah tidak ada apa-apa hak lagi ke atas wanita tersebut. | ||||||||||||||||||||||||
| KESAN ROGOL KE ATAS MANGSA | ||||||||||||||||||||||||
| Tekanan mental ( rasa tercemar, malu, marah) | ||||||||||||||||||||||||
| Ketakutan yang berpanjangan | ||||||||||||||||||||||||
| Hilang keinginan sex | ||||||||||||||||||||||||
| Mencurigai lelaki walaupun kaum kerabat terdekat | ||||||||||||||||||||||||
| Kecederaan pada kemaluan | ||||||||||||||||||||||||
| Lari dari rumah | ||||||||||||||||||||||||
| Terlibat dengan dadah/arak/pelacuran | ||||||||||||||||||||||||
| Menurut kajian, wanita yang kimmited dengan ugama lebih merasa tertekan jika menjadi mangsa rogol berbanding mereka yang tiada pegangan ugama kerana mereka telah biasa melakukan hubungan sex di luar perkahwinan. Mereka menolak lelaki yang ingin menyetubuhinya hanya kerana tidak menyukai lelaki tersebut dan bukan kerana factor-faktor keugamaan. Di kebanyakan negara Islam, ?dara? merupakan suatu perkara penting bagi sesetengah keluarga atau lelaki yang ingin berkahwin. Kehilngan dara meskipun kerana dirogol dan bukan dengan kerelaan sendiri atau kerana sebab-sebab lain seperti kemalangan atau kerana aktiviti sukan lasak akan menyebabkan passangan merasa curiga dengan wanita tersebut dan ini akan meyebabkan wanita tersbeut sukar untuk mendapatkan suami yang baik. | ||||||||||||||||||||||||
| KEPERLUAN NIAT (QASD AL-JENAI?E) DI DALAM KES ROGOL | ||||||||||||||||||||||||
| Niat melakukan jenayah adalah di antara ciri penting bagi menentukan bersalah atau tidak seseorang yang melakukan jenayah. Seseorang itu dianggap mempunyai niat melakukan jenayah jika dia tahu dan sedar bahawa perbuatan yang dilakukan tersebut adalah salah dan menyalahi undang-undang. Di dalam kes rogol, se orang itu dianggap mempunyai niat melakukan jenayah bila dia menggunakan kekerasan terhadap wanita yang disetubuhinya dan dia tahu bahawa perbuatan tersebut adalah salah menurut undang-undang. | ||||||||||||||||||||||||
| Motif melakukan jenayah rogol tidak diambil kira di dalam kes rogol asalkan tertuduh menyedari bahawa dia telah melakukan suatu perbuatan yang salah. Di dalam kes rogol, tertuduh mungkin mempunyai motif yang berbeda ( memuaskan nafsu, dendam, untuk memalukan wanita). | ||||||||||||||||||||||||
| Lelaki yang menyetubuhi wanita yang tidur ditempat tidurnya kerana menyangka wanita tersebut adalah isterinya tidak boleh didakwa melakukan rogol kerana lelaki itu tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah tersebut. | ||||||||||||||||||||||||
| Lelaki yang pernah melakukan hubungan sex dengan seseorang wanita (teman wanita) tidak boleh dianggap sebagai perogol jika menggunakan kekerasan di waktu yang lain apabila teman wanitanya menolak kerana perbuatan menolak boleh dianggap sebagai gurauan semata-mata berdasarkan kepada hubungan mereka. Keizinan wanita melakukan hubungan sex dengan lelaki tersebut di masa lalu boleh diterima sebagai qarinah (circumstancial evidence) bahawa keengganan wanita tersebut hanyalah sebagai gurauan semata-mata. | ||||||||||||||||||||||||
| ADAKAH ROGOL HIRABAH? | ||||||||||||||||||||||||
| Se orang wanita telah dicolek dan kemudianya dirogol. Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Sebahagian ulama berpendapat bahawa jenayah ini tidak boleh didakwa sebagai jenayah hirabah kerana hirabah cuma boleh dikenakan ke atas jenayang melibatkan harta sahaja. Pendapat ini ditentang oleh se orang ulama masyhur bernama Ibn Arabi. Beliau berpendapat bahawa rogol adalah lebih besar akibatnya berbanding dengan rompakan ini kerana pada kebiasaanya orang ramai tidak akan mempertahankan harta mereka jika nyawa mereka terancam tetapi mereka akan mempertahankan isteri serta anak-anak perempuan mereka dari dirogol meskipun nyawa mereka mungkin terancam. Ibn Arabi juga berpendapar bahawa maruah seseorang manusia itu adalah lebih berharga dari harta tambahan pula kesan jenayah ini amat berat untuk ditanggung oleh mangsa sepanjang hidup mereka. | ||||||||||||||||||||||||
| Pendapat Ibn Arabi ini dipersetujui oleh beberapa ulama lain antaranya ialah Ibn Hazm. Ibn Hazm di dalam mendefinisikan jenayah hirabah menyebut bahawa: | ||||||||||||||||||||||||
| "Seseorang penjenayah hirabah ialah mereka yang menakut-nakutkan orang ramai samada dengan membunuh mereka atau mengambil harta benda mereka atau merogol" | ||||||||||||||||||||||||
| Di dalam kitab Al-Feqh Al-Wadih juga ada disebutkan bahawa jenayah hirabah termasuk perbuatan yang dilakukan oleh sekumpulan manusia yang menakutkan orang ramai samada dengan membunuh, merompak, merogol, atau merosakkan tanaman mereka. Sebahagian ulama Syafi?e dan Maliki serta Mujahid juga meletakkan rogol sebagai salah satu daripada jenayah hirabah. | ||||||||||||||||||||||||
| Namun begitu tidak semua jenayah rogol boleh dikira sebagai hirabah. Jenayah rogol hanya boleh dianggap sebagai hirabah apabila ianya dilakukan dengan kekerasan senjata atau fizikal, penggunaan dadah atau apa-apa yang memabukkan. Tetapi jika hubungan sex yang dilakukan tanpa menggunakan kekerasan meskipun boleh dianggap rogol seperti melakukan sex dengan kanak-kanak di bawah umur tidak boleh dikatagorikan sebagai hirabah. | ||||||||||||||||||||||||
| CARA PENTHABITAN ROGOL | ||||||||||||||||||||||||
| Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa jenayah rogol boleh dianggap sebagai jenayah hirabah. Dengan itu cara methabitkan jenayah ini tidak ada bezanya dengan penthabitan jenayah hirabah iaiatu dengan mengemukakan dua org saksi ataupun dengan pengakuan dari yang tertuduh. Mungkin ada yang lebih cenderung menyatakan bahawa kes rogol memerlukan empat orang saksi seperti di dalam kes zina. Bagi menjawab persoalan ini kita perlu melihat bahawa di dalam kes zina, cara penthbitannya jelas dinyatakan oleh al-Qur?an akan tetapi tidak bagi kes hirabah. Oleh kerana jenayah rogol telah diterima sebagai jenayah hirabah maka tentunya cara penthabitan jenayah ini mengikut jenayah hirabah juga. Selain dari itu, jenayah hirabah seperti yang kita maklumi adalah jenayah yang amat berat jadi jika mensyaratkan empat orang saksi, maka ini akan menyukarkan pendakwaan terhadap penjenayah dan mungkin akan lebih ramai wanita yang akan menjadi mangsa. Tambahan pula di dalam kes rogol, jenayah ini dilakukan dengan cara yang tergesa-gesa kerana takut perbuatan tersebut diketahui dan dikesan oleh pihak berkuasa kerana di dalam kes rogol mangsa mungkin akan menjerit meminta pertolongan, atau meronta-ronta sedangkan tidak di dalam kes zina. | ||||||||||||||||||||||||