PEMBUKTIAN KES MELALUI QARINAH: PERBANDINGAN DI ANTARA UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN SIVIL NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
OLEH
DR. NIK RAHIM BIN NIK WAJIS
IPISHOAS, UBD
Artikel ini dipetik dari Jurnal Undang-Undang Syariah Brunei Darussalam, Jilid 2, Bil: 2, Jan-Jun 2002
Muqaddimah
Islam adalah ugama keadilan.  Keadilan Islam merangkumi semua syariat diturunkan oleh Allah swt ke atas umat manusia tanpa mengira bangsa dan ugama serta taraf kehidupan mereka.  Di dalam perundagan, keadilan dikira sebagai satu ciri yang amat penting kerana tanpa keadilan, sudah tentu hak seseorang indidvidu akan terabai.  Di atas prinsip keadilan inilah terbina prinsip yang mengatakan bahawa ? seseorang itu tidak bersalah kecuali setelah dibuktikan kesalahan itu?. Menurut perundagan Islam, sesuatu kesalahan itu boleh dibuktikan dengan beberapa cara di antarnya ialah Iqrar (pengakuan), shahadah (kesaksian), Qarinah (fakta-fakta yang ada kaitan dengan kes) dan lain-lain. Namun begitu hanya iqrar dan shahadah sahaja yang diterima menurut majoriti ulama? sebagai bahan bukti yang benar-benar kukuh yang boleh membawa hukuman hudud dan qisas.  Namun di dalam artikel ini, penulis hanya akan membincangkan salah satu dari cara pembuktian tersebut iaiatu qarinah memandangkan terdapat berbagai-bagai kaedah serta mekanisma baru yang boleh digunakapakai di dalam menyokong hujah di dalam penthabitan hukum.
Definisi Qarinah
Qarinah menurut bahasa Arab bermaksud beserta, bersama atau bersahabat
Menurut Undang-Undang Brunei bahagian II, qarinah didefinisikan sebagai ? Fakta-fakta yang ada hubungan dengan  fakta yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam hukum syara? atau yang dihuraikan dalam perintah ini?.   Qarinah termasuk fakta-fakta yang, meskipun tidak menjadi persoalan, berkaitan sedemikian dengan suatu fakta sebagai menjadi sebahagian dari urusan yang sama, samada ianya berlaku pada waktu dan tempat yang sama atau pada waktu atau tempat yang berlainan.  Contohnya jika A dituduh memeukul isterinya B, apa jua yang dikatakan atau dilakukan oleh A atau B atau orang-orang yang melihat kejadian memukul itu tidak lama sebelum atau selepas pemukulan sebagai menjadi sebahagian daripada kejadian tersebut.
Berdasarkan kepada defunisi ini, apa sahaja fakta di dalam apa pun bentuk asalkan ianya tidak bercanggah dengan hukum syara? adalah dianggap termasuk di dalam definisi qarinah yang boleh diterima sebagai salah satu dari bahan bukti di dalam menthabitkan satu-satu kesalahan.
Qarinah kadangkala boleh sampai ke peringkat yakin dan kadangkala boleh jatuh ke peringkat yang paling bawah Berdasarkan kepada kekuatan fakta yang mengiringi qarinah itu.  
Kedudukan Qarinah sebagai bahan bukti
Di dalam menthabitkan  satu-satu kesalahan, qarinah tidak diterima sebagai bukti utama khususnya kesalahan-kesalahan yang melibatkan hukuman hudud dan qisas. Hanya iqrar dan shahadah sahaja yang diterima bagi menthbitkan kesalahan hudud dan qisas kerana kedua-kedua keterangan (bayyinah) tersebut dikira mempunyai tahaf pembuktian yang meyakinkan.  Di dalam Islam, hukuman hudud dan qisas perlulah digugurkan jika terdapat walaupun sedikit keraguan di dalam bukti-bukti yang dikemukakan.  Ini berdasrkan kepada  sebuah  hadith Rasulullah saw yang bermaksud:
?Jauhkan hudud apabila ada syubhat (kesamaran)?
Berdasarkan kepada hadith ini jelas bahawa qarinah tidak boleh dikira sebagai bukti yang konkrit di dalam menthabitkan satu-satu kesalahan kerana di dalam qarinah meskipun ianya dianggap sebagai suatu yang dianggap kuat, Namun di dalamnya masih terdapat kesamaran kerana di dalam qarinah berbagai-bagai kemungkinan boleh terjadi.
Walaubagaimanapun di dalam keadaan-keadaan yang tertentu, satu-satu jenayah  tidak dapat  dibuktikan melalui jalan biasa yang dipersetujui oleh majoriti ulama? seperti keterangan (bayinnah) atau iqrar (pengakuan). kerana sebab-sebab tertentu.  Sebagai contoh, jika seseorang wanita dirogol pada waktu mlm yang gelap sudah tentu amat sukar untuk mengenali lelaki yang merogol wanita tersebut.  Jika jenayah tersebut hanya boleh dibuktikan hanya melalui shahadah (saksi) maka sudah tentu penjenayah tersebut akan terlepas begitu sahaja tanpa sebarang hukuman.  Lelaki tersebut juga mungkin tidak akan mengaku melakukan perbuatan tersebut meskipun telah ditahan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan hukuman.  Jadi jika tertuduh tersebut hanya boleh didakwa dan dihukum hanya berpandukan kepada dua method penthabitan kes iaitu shahadah dan iqrar, maka sudah tentu lelaki tersebut akan terlepas begitu sahaja tanpa menerima sebarang hukuman dari perbuatannya yang terkutuk itu.  Lantaran itu, bagi menegakkan keadilan bagi mangsa dan bagi masyarakat seluruhnya, qarinah perlulah diambil kira sebagai salah satu bukti di dalam menthbitkan kesalahan rogol tersebut. Ujian DNA adalah merupakan salah satu method yang boleh digunakan dan sepatutnya diterima pakai bagi menthabitkan jenayah yang dilakukan.  Rakaman video yang dirakamkan melalui video yang mempunyai kemampuan mengambil gambar diwaktu malam (night vision) sebagai contoh juga dikira sebagai qarinah yang juga perlu diambil kira jika sekiranya bukti seumpama ini boleh dibentangkan di mahkamah. Begitu juga sekiranya terdapat gambar-gambar yang dirakamkan yang menunjukkan dengan jelas perbuatan tersebut seperti pedang yang dimasukkan ke dalam sarungnya dan wajah penjenayah dan juga mangsanya dapat dilihat dengan jelas serta dikuatkan lagi dengan pandangan pakar yang amanah dan adil menurut hukum syara? bahawa gambar-gambar tersebut adalah asli dan bukan ubahsuai melalui teknik super impose atau seumpamanya, maka bukti seumpama ini juga perlu diterima sebagai bahan bukti. Dengan cara ini penjenayah tidak dapat melepaskan diri begitu sahaja dan perlu bertanggungjawab di atas jenayah yang dilakukan ke atas mangsa.  Dengan cara ini, keadilan yang menajdi asas di dalam hukum syara? dapat ditegakkan.  Di dalam hal yang demikian, siyasah syar?iah perlulah digunakan dengan berdasarkan kepada prinsip maslahah (kebajikan) orang ramai dan bukan lagi berdasarkan kepada nass.
PENDAPAT ULAMA' TENTANG QARINAH
Qarinah yang mu?tabarah (yang boleh diambil kira) dalam kes zina ialah kehamilan yang nyata bagi wanita yang tidak bersuami. Menurut pendapat Abu Hanifah, Syafi?e dan Ahmad bin Hanbal, kehamilan tersebut tidak boleh menthabitkan kes zina ke atas wanita tersebut dengan alasan bahawa kehamilan boleh berlaku dengan sebab  wati? syubhah, atau kerana dirogol.  Ini bermakna bahawa punca  kehamilan wanita tersebut terdapat keraguan dan justeru itu hukuman hadd tidak boleh dilaksanakan.  Imam Abu Hanifah berhujjah berdasarkan kepada kes Syarahah di mana beliau telah disetubuhi oleh se orang lelaki di dalam keadaan tidur.  Ali ra telah tidak mengenakan hukuman hadd ke atas diri beliau.  Imam Abu Hanifah juga berhujjah dengan berandarkan kepada satu kes yang berlaku di zaman Omar ra di mana beliau telah ditanya tentang se orang wanita yang telah disetubuhi oleh se orang lelaki yang tidak dikenali dan lelaki itu kemudiannya melarikan diri.  Omar ra tidak mengenakan hadd ke atas wanita tersebut kerana wujudnya syubhah.   Imam Syafie juga nampaknya mempunyai padangan yang selari dengan Imam Abu Hanifah.  Beliau berpendapat bahawa hukuman hadd tidak boleh dilaksanakna ke atas wanita tersebut meskipun wanita tersebut gagal membuktikan bahawa dia telah dirogol kerana menurut Imam Syafi?e hukuman hadd boleh dilaksanakan kecuali apabila telah dithabitkan kesalahan tersebut melalui iqrar (pengakuan) dan juga shahadah (kesaksian).
Namun menurut pendapat Imam Malik pula, wanita yang hamil boleh dikenakan hukuman hadd jika sekiranya wanita tersebut tidak mempunyai suami atau berkahwin dengan lelaki yang tidak boleh menyebabkanya hamil kerana sebab-sebab yang tertentu seperti suami yang belum baligh (belum mengeluarkan air mani), suami yang terpotong kemaluannya, atau wanita yang melahirkan anak dengan sifat yang sempurna setelah berkahwin dengan suaminya tetapi tempoh perkahwinan tersebut kurang dari enam bulan dari tarikh perkahwinan mereka. Di dalam kes-kes ini, wanita tersebut boleh didakwa di bawah kes zina dan jika thabit kesalahannya maka dia boleh dikenakkan hukuman hadd kecuali jika dia mendakwa bahawa dia telah disetubuhi dengan cara syubhah (wati? syubhah) dan wanita itu juga terkenal sebagai se orang wanita yang taat serta sentiasa menjauhkan diri dari perkara-perkara haram dan berakhlak mulia.   Pendapat Imam Malik ini dilihat selari dengan apa yang dipegang oleh Omar ra, fuqaha? Ahli Madinah serta Imam Ahmad.   Menururt Omar ra, hukuman rejam hendaklah dikenakan ke atas lelaki dan wanita yang muhsan  apabila terdapat bayyinah atau kehamilan ataupun iqrar.
Termasuk juga di dalam katagori yang sama jika wanita tersebut mendakwa dia dirogol dengan syarat dia berjaya membuktikan bahawa dia telah benar-benar dirogol seperti tubuh badannya lebam kesan dipukul atau pakaiannya koyak dan sebagainya.   Kesan lebam pada tubuh wanita tersebut serta pakaiannya yang koyak atau wanita yang masih perawan yang dtg dalam keadaan berdarah kemaluannya dikira sebagai qarinah yang menyokong dakwaan wanita tersebut bahawa beliau telah dirogol.  Jika ini dapat dibuktikan, wanita tersebut tidak boleh dikenakan hukuman hadd. Namun, jika wanita tersebut gagal membuktikan hal-hal tersebut maka dakwaan rogol akan ditolak dan dia akan dikenakan dengan hukuman hadd kerana telah melakukan zina. 
Pendapat yang dikeluarkan oleh Imam Malik ini juga kelihatan selari dengan satu kes yang berlaku di zaman Rasulullah saw yang mana di dalam kes ini Rasulullah menerima qarinah sebagai bukti di dalam kes rogol sehingga Rasulullah memerintahkan lelaki yang tertuduh dijatuhkan hukuman rejam. Hadith yang dipetik dari Sunan Al-Nasa?e ini menyebutkan bahawa se orang wanita telah disetubuhi oleh se orang lelaki dengan cara paksa pada waktu subuh ketikamana wanita tersebut sedang dalam perjalanannya menuju ke masjid untuk solat subuh. Wanita tersebut telah memekik dan meminta Pertolongan dari mereka yang lalu lalang yang menyebabkan lelaki yang menyerangnya itu melarikan diri. Namun orang ramai telah berjaya menangkap se orang lelaki yang disyakki sebagai tertuduh yang merogol wanita tersebut.  Lelaki tersebut telah dibawa kepada wanita tersebut lalu dia berkata bahawa dia bukan lelaki yang merogol wanita tersebut bahkan beliau menghampiri wanita tersebut dengan niat untuk menolong setelah mendengar jeritan wanita tersebut.  Lelaki itu kemudiannya dibawa kepada Nabi saw.  Sekali lagi wanita tersebut mengulangi bahawa lelaki itulah yang merogolnya.  Kata-kata wanita tersebut disokong pula oleh beberapa orang lelaki yang menagkap lelaki tersebut.  Mereka mengatakan bahawa lelaki tersebut berada di dalam keadaan menggeletar ketika beliau ditangkap.  Lelaki itu lalu menjawab bahawa dia datang kepada wanita tersebut dengan tujuan untuk membantu wanita tersebut dari lelaki yang menyerang wanita tersebut tetapi mereka tiba-tiba mereka menangkap beliau.  Wanita tersebut menafikan apa yang dikatakan oleh lelaki itu dan sekali lagi mengulangi di hadapan Nabi saw bahawa lelaki tersebutlah yang merogolnya.  Berdasarkan kepada apa yang diperkatakan kepada Nabi oleh wanita dan juga lelaki yang menagkapnya, maka Nabi saw mengarahkan lelaki tersebut supaya direjam sampai mati.  Namun sebelum hukuman dijalankan, tiba-tiba se orang lelaki telah mengahalang hukuman tersebut dari dilaksanakan kerana beliau berkata, beliaulah yang sebenarnya yang mergol wanita tersebut. Lalu ketiga-tiga mereka itu dibawa semula mengadap Nabi saw.  Nabi saw lalu berkata kepada wanita tersebut: ?Moga-moga Allah ampunkan dosa kamu? dan Nabi kemudiannya memuji apa yang dilakukan oleh lelaki yang membantu tersebut.  Omar ra lalu berkata: ?Rejamlah lelaki yang mengaku merogol itu?. Akan tetapi Nabi saw telah melarang hukuman tersebut dari dilaksanakan dengan alasan bahawa lelaki tersebut telahpun bertaubat.
Berdasarkan pada kisah ini,terdapat beberapa persoalan yang mungkin ditimbulkan. Antaranya ialah kenapa Nabi saw memerintahkan lelaki yang dituduh oleh wanita itu dikenakan hukuman rejam hanya berdasrkan kepada keterangan dari wanita tersebut dan bukan berdasarkan kepada iqrar atau shahadah?  Sebenarnya bila diteliti cara penghakiman Nabi saw di sini kita dapati bahawa Nabi menjatuhkan hukuman rejam terhadap lelaki itu berpandukan qarinah iaiatu keadaan lelaki yang terketar-ketar ketika beliau ditangkap.  Keadaan lelaki yang terketar-ketar itu pula dikuatkan dengan perkataan dari lelaki-lelaki yang menangkpanya.  Pada hakikatnya, cara penghakiman tersebut sama seperti penghakiman yang dibuat di dalam kes meminum minuman keras (khamr) melalui bau arak serta muntah-muntah yang juga merupakan qarinah kerana lelaki yang meminum arak tidak mempunyai saksi yang menyaksikan sendiri lelaki tersebut memeinum minuman keras. Begitu juga dengan penghakiman seseorang yang memliki barangan yang dicuri di dalam kes sariqah. Penghakiman melalui bau arak dan muntah ini telah disepakati oleh para sahabat.  Tambahan pula semasa lelaki itu ditangkap, selain dari dia berada di dalam keadaan terketar-ketar, tidak terdapat orang lain yang boleh disayakki melakukan perbuatan tersebut kecuali lelaki tersebut.  Ini semua disokong pula dengan ketidakwujudan fakta-fakta yang menunjukkan abahwa wanita tersebut mempunyai permusushan dengan lelaki yang tertuduh .  Dengan gabungan beberapa qarinah yang dikemukakan, maka Nabi saw membuat keputusan bahawa yang tertuduh perlu dijatuhkan hkuman.  Meskipun dengan berdasarkan qarinah-qarinah tersebut, kemungkinan berlakunya penghakiman yang kurang tepat berdasarkan kepada kisah yang diceritakan di dalam hadith yang lalu, keadaan tersebut kadangkala tidak dapat dielakkan sama seperti kedua-dua cara penthabitan yang diterimapakai oleh para ulama? iaiatu iqrar dan shahadah kerana di dalam kedua-dua cara ini kesilapan juga boleh berlaku.  Sebagai contoh mereka yang membuat iqrar juga kadangkala kadangkala tidak boleh diterima keebnarannya kerana ada yang membuat iqrar tetapi pada hakikatnya bukan dia yang melakukan jenayah tersebut tetapi mengaku bersalah kerana semata-mata untuk menyelamatkan mereka yang dikasihi seperti anak, bapa, isteri dan sebagaianya.  Namun mahkamah tetap juga menjatuhkan hukuman ke atas seseorang yang membuat iqrar kerana itu adalah merupakan tuntutan undnag-udnag yang perlu dipenuhi kecuali jika terdapat keraguan di dalam iqrar barulah hukuman tidak dijalankan.  Begitu juga terdapat kes di mana tertuduh dihukum hanya berdasarkan kepada shahadah yang dibuat oleh saksi-saksi  yang akhirnya ternyata adlah saksi dusta.  Berdasrkan kepada fakta-fakta tersebut, jelas bahawa kesilapan di dalam sesetengah keadaan tidak dapat dielakkan.  Namun bagi se orang hakim, mereka perlulah berhati-hati di dalam menggunakan qarinah sebagai bahan bukti bai megelakkan berlakunya kesilapan di dalam penghakiman kerana Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud:
?Tersalah memaafkan mereka yang dituduh adalah lebih baik dari tersalah di dalam menjatuhkan hukuman?
Menurut Ibn Qudamah pula, jika terdapat kemungkinan bahawa seseorang wanita itu disetubuhi dengan cara paksa ataupun terdapatnya syubhah, maka hukuman hadd hendaklah digugurkan kerana wanita tersebut boleh menjadi hamil tanpa berlakunya persetubuhan contohnya jika wanita tersebut memasukkan air mani se orang lelaki ke dalam kemaluannya atau lelaki tersebut memasukkan air maninya ke dalam kemaluan wanita tersebut maka kehamilan boleh berlaku dan inilah yang dinamakan kehamilan se orang anak dara.
Penulis perpendapat bahawa hukuman hadd perlu dilaksanakan ke atas wanita tersebut apabila gagal membuktikan bahawa dia telah dirogol bagi mengelakkan ianya dijadikan alasan bagi melepaskan diri dari hukuman. Ini kerana banyak kes-kes yang berlaku di mana wanita yang telah melakukan zina dengan kerelaan sendiri dan akhirnya hamil kemudiannya mendakwa dirogol semata-mata kerana dia telah ditinggalkan oleh teman lelakinya yang pada mulanya berjanji untuk menikahinya.  
KEPENTINGAN QARINAH SEBAGAI BAHAN BUKTI
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, qarinah adalah satu perkara yang besar manafaat di dalam sistem kehakiman.  Jika qarinah diabaikan, maka ianya boleh menyebabkan hak sesetengah orang tidak dapat ditunaikan dan sekaligus kebatilan akan bermaharajalela.  Namun jika qarinah digunakan tanpa batasan tanpa berpandukan kepada prinsip-prinsip syara? ianya juga boleh menyebabkan kezaliman dan .
Sebagai contoh, keterangan isteri bagi kepentingan suami tidak harus jika ianya sebagai kesaksian Namun kenyataan isteri boleh diambil kira jika sebagai qarinah.  Begitu juga keterangan anak bagi pihak ayahnya tidak boleh diterima sebagai saksi tetapi boleh diterima sebagai qarinah kerana qarinah lebih luas dan syaratnya juga tidak begitu ketat dan ianya boleh diterima dan ditolak oleh mahkamah.  Tetapi keadaan berlainan bagi kesaksian kerana ianya mengikat mahkamah.
QARINAH SEBAGAI BAHAN BUKTI DI DALAM UNDANG-UNDANG BRUNEI
i) Kes Mahkamah Sivil
Md Suhardi bin Samsun Yusra telah dithabitkan oleh Mahkamah di atas kesalahan cobaan merogol se orang kanak-kanak berusia 4 � tahun pada 15 Feb 1998 dan telah dijatuhkan hukuman pada 3 Jun 1999. Dia telah dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan 5 kali rotan.   Di dalam kes ini, tidak dinyatakan tentang pengakuan yang dibuat oleh yang tertuduh dan tidak juga terdapat saksi yang menyaksikan perbuatan tertuduh.  Kesaksian hanya dibuat di atas fakta bahawa mangsa telah dirogol sahaja dan bukan kesaksian  di atas perbuatan tertuduh ke atas mangsa. Hukuman yang dijatuhkan adalah berdasarkan kepada pertuduhan yang dibuat oleh kanak-kanak tersebut bahawa dia telah dirogol oleh Md Suhardi bin Samsun Yusra setelah kemaluannya didapati berdarah oleh bapa angkatnya.  Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan doktor pakar yang membuat pemeriksaan mendapati ada kesan darah pada kemaluan mangsa dan selaput daranya juga telah terkoyak.  Doktor juga mengesahkan bahawa mangsa telah dijangkiti sejenis kuman yang menyebabkan tanda-tanda ?gonorrhea? yang mana kuman ini hanya boleh dijangkiti melalui hubungan sex.  Doktor yang memeriksa mangsa juga mengesahkan bahawa terdapat cobaan untuk memasukkan kemaluan sepenuhnya (penetration) tetapi ianya tidak belaku kerana factor usia mangsa. Doktor juga telah membuat pemeriksaan terhadap tertuduh dan mendapati bahawa tertuduh juga dijangkiti gonorrhea. Berdasarkan pada fakta yang dinyatakan ianya jelas menunjukkan bahawa menurut undang-undang Brunei, seseorang penejenayah boleh dijatuhkan hukuman setelah thabit kesalahannya menurut pandangan hakim meskipun tanpa pengakuan dari tertuduh ataupun kesaksian.  Dari sini jelas bahawa qarinah diterima sebagai bahan bukti di dalam undang-undang Brunei.
ii) Kes Mahkamah Syariah
PENDAKWA JENAYAH lwn DK. SORYANI DAN MAHHAMAD JIN
Nama yang di tuduh  :
Dk. Soryani bte Pg. Besar
2.  Mahhamad Jin bin Roseta
Didalam kes ini kedua-dua tertuduh telah  dituduh melakukan persetubuhan haram  bertempat di Barek 209 ?C? , Jalan Puteri Brunei , Kuala Belait dan hasil dari perbuatan tersebut perempuan tertuduh telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Muhammad Zainol Yusran bin Mahhamad Jin . Kedua-dua mereka telah mengaku salah.
Keputusan :
Kedua-dua mereka di denda sebanyak $800.00  atau penjara selama 30 hari.
Tuduhan:
Kamu berdua didakwa. Bahawa  pada bulan December 1993 waktu siang, bertempat di Barek 209 ?C? , Jalan Puteri Brunei, Kuala Belait. Pada masa itu kamu berdua telah melakukan persetubuhan yang haram.
Oleh yang demikian, kamu berdua telah melakukan kesalahan  yang boleh dihukum dibawah Bab: 178 (4) dari Akta Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 pindaan 1984.
Ulasan Pendakwaan:
Yang Arif Tuan Hakim,
Berdasarkan ikrar dan pengakuan yang dibuat oleh kedua-dua tertuduh di hadapan Merinyu Hal Ehwal Ugama , Daerah Belait pada 20.12.94 dan 21.12.94 jam  10.10 dan 11.10 pagi yang mana kedua tertuduh telah menerangkan dan mengakui ada melakukan persetubuhan yang haram pada tarikh , masa dan tempat seperti yang telah didakwakan keatas kedua yang tertuduh dalam tuduhan yang telah dibacakan . Sedangkan  kedua tertuduh mengaku pada ketika itu mereka bukanlah suami isteri atau mereka belum lagi bernikah .
Kes Kedua:
Nama yang dituduh:
Asarwih bin Abdullah  @ Siandok
2.  Yusliza bte Yusof
Jenayah :
Melakukan kesalahan didalam  Seksyen 178 (4) Akta Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77.
Pendakwa: Mahani bte Hj Suhaili
                  Pendakwa Mahkamah Kadi Besar Brunei.
Didalam kes ini yang kena tuduh telah dituduh melakukan persetubuhan haram  bertempat di dalam bilik tidur perempuan yang tertuduh beralamat No. 9 Spg. 14 Jln. 83 Kg. Perpindahan Lambak Kanan , Brunei dan hasil dari perbuatan tersebut perempuan tertuduh telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Mohd Nur Azli Syafiq bin Abdullah . Kedua-dua mereka telah mengaku salah.
Keputusan :
Kedua-dua mereka telah  di denda sebanyak $200.00 atau  penjara selama 10 dan 15 hari
Tuduhan:
Kamu berdua didakwa bahawa pada bulan Disember 1997 waktu malam bertempat didalam bilik tidur perempuan yang tertuduh beralamat No. 9 Spg. 14 Jln. 83 Kg. Perpindahan Lambak Kanan , Brunei . Pada masa itu kamu berdua telah melakukan persetubuhan haram.
Oleh yang demikian kamu berdua telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Bab 178 (4) dari Akta Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi penggal 77 semakan 1984.
Ulasan Pendakwaan :
Yang Arif Tuan Hakim,
Butir-butir pendakwaan terhadap kes kedua-dua yang dituduh ini seperti berikut:
Bahawa kes kedua-dua yang dituduh di bawah Bab 178 (4) adalah berasaskan  maklumat yang diterima oleh Merinyu Ugama Bandar Seri Begawan Brunei yang kemudiannya didaftarkan dengan bilangan pengaduan 16/1999 , melaporkan bahawa seorang perempuan bernama Yusliza bte Yusof telah melahirkan seorang anak lelaki pada 20.9.1998 di Hospital RIPAS Brunei , sedangkan perempuan  tersebut belum mempunyai suami yang sah dan dipercayai perempuan tersebut ada melakukan persetubuhan yang haram bersama seorang lelaki yang belum dikenal pasti.
Berdasarkan daripada aduan itu, maka siasatan pun dijalankan oleh Merinyu Ugama terhadap salinan surat beranak anak perempuan yang diadu dan seterusnya siasatan dijalankan keatas perempuan yang diadu  iaitu Yusliza bte Yusof , perempuan yang dituduh dalam kes ini pada 12.5.99  dimana dalam keterangan yang diberikan oleh perempuan dituduh dibawah peruntukan Bab 78 Akta Penggal 77 merujuk Bab 116 dan 117 Kanun Peraturan Jenayah Brunei pada hari tersebut , perempuan yang dituduh ada mengakui melakukan persetubuhan yang haram bersama teman lelakinya yang bernama  Asarwih bin Abdullah @ Siandok pada tarikh , masa dan tempat seperti dalam pertuduhan atas kesukaan mereka bersama.
Hasil siasatan lanjut kes ini menunjukkan bahawa lelaki yang dituduh juga ada mengakui pernah melakukan persetubuhan yang haram bersama teman wanitanya yang bernama Yusliza bte Yusof sebagaimana dalam pertuduhan . Semasa persetubuhan itu dilakukan kedua yang dituduh bukanlah suami isteri dan tidak tertegah bernikah oleh hukum syarak kerana senasab , semusaharah atau sesusuan. Hasil daripada persetubuhan haram yang mereka lakukan itu telah mengakibatkan perempuan yang dituduh hamil dan melahirkan seorang anak lelaki pada 20.9.1998 di Hospital RIPAS , Brunei dan diberi nama Mohd. Nur Azli Syafiq bin Abdullah.
Yang Arif Tuan Hakim,
Sebagaimana fakta yang telah dijelaskan tadi dan juga pengakuan salah kedua yang dituduh terhadap tuduhan yang telah diterangkan akan maksud serta akibat-akibat tuduhan oleh mahkamah sebentar tadi , yang mana diakui faham oleh kedua yang dituduh , maka berdasarkan peruntukan Bab 70 (2) dari Akta Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 semakan 1984 , pendakwa berpendapat adalah sabit kesalahan kedua yang dituduh di Bawah Bab 178 (4) dari Akta yang sama.
Perjalanan Perbicaraan :
Mahkamah membacakan pertuduhan dan menerangkan akan maksud pertuduhan serta akibat pertuduhan kepada yang dituduh . Setelah itu mahkamah bertanya kepada kedua-dua tertuduh adakah tertuduh pertama dan kedua faham akan maksud pertuduhan serta akibat-akibatnya dan adakah tertuduh pertama dan kedua mengaku bersalah  atau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan . Mereka jawab faham dan mengaku salah.
Perihal Kedua Tertuduh :
Lelaki yang dituduh adalah seorang warganegara Brunei Darussalam berusia 28 tahun dan bekerja di Royal Brunei Catering . Kedudukan sekarang sudah beristeri bernama Yusliza bte Yusof iaitu perempuan yang dituduh.
Perempuan yang dituduh adawarganegara Brunei Darussalam , pada masa ini berumur 19 tahun , status sekarang sudah berkahwin dan nama suami Asarwih bin Abdulah @ Siandok dan telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Mohd. Nur Azli Syafiq bin Abdullah hasil daripada persetubuhan haram bersama lelaki yang dituduh.
Rayuan / Percakapan :
Lelaki tertuduh memohon pertimbangan keringanan hukuman keatasnya dan isterinya memandangkan dia tidak lagi bekerja (habis kontrak) dan sedang mencari pekerjaan. Tinggal bersama bapa mertua di Kg. Lambak.
Perempuan tertuduh memohon keringanan hukuman memandangkan gajinya $870.00 sebulan , potongan bank sebanyak $530.00 sebulan , potongan kereta $455.00 sebulan selama 7 tahun dan minta supaya denda dibayar secara beransur-ansur.
Pendakwa :
Pendakwa tiada halangan dan diminta kedua tertuduh akan dapat insaf dan bertaubat akan dosa besar yang dilakukan. Mahkamah diminta menjatuhkan hukuman  dengan sewajarnya .
Ulasan dan alasan Mahkamah terhadap hukuman yang akan dijatuhkan :
Lelaki yang dituduh tidak mempunyai pekerjaan manakala perempuan yang dituduh pula didapati tiada mencukupi sebarang pendapatan kerana membayar hutang piutang.
Keputusan  dan hukuman Mahkamah :
Saya selaku hakim  yang diberikan kuasa, Akta Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan atas kehendak Bab 70 (2) Akta Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan diatas kuatkuasa Seksyen Akta yang sama , saya dengan ini menjatuhkan hukuman seperti berikut :
1. Ke atas lelaki yang dituduh denda sebanyak $200.00 atau penjara selama 15
   hari kerja berat.
Ke atas perempuan yang dituduh denda sebanyak $200.00  atau penjara
    selama 10 hari kerja ringan .
Berdasarkan kepada permohonan kedua tertuduh diminta membayar denda secara beransur-ansur dan saya beri tempoh kepada kedua tertuduh sehingga
20.11.1999.
Hosted by www.Geocities.ws

1