Bangsa
Albania dan Islam
Antara Kewujudan dan Kepupusan
Olsi Jazexhi
Email: olsiatrocketmail.com
Jun 2006
Diterjemahkan oleh:
Nur
Syarafina Zajmi
Bangsa Albania: Masyarakat Islam di Eropah
Bangsa Albania merupakan masyarakat Islam terbesar di
Eropah. Terletak di sebelah barat rantau Balkan, mereka dipercayai berasal dari
keturunan Illyria yang menduduki Eropah sejak 2500 tahun lalu. Pada zaman
dahulu mereka merupakan masyarakat pagan, tetapi apabila ajaran Kristian St.
Paul di kalangan orang-orang Roman mula menular, mereka mula menganut agama
Kristian. Namun begitu, identiti Kristian bangsa Albania sepanjang Zaman
Pertengahan tidak melalui proses yang aman dan stabil. Selepas penukaran agama
secara paksaan yang dilakukan ke atas mereka oleh orang-orang Byzantine, ramai
orang-orang Albania mula menganut fahaman sesat Boghumil. Boghumil adalah salah
satu daripada pelbagai fahaman sesat pada zaman awal kemunculan agama Kristian,
di mana mereka menjadikan kawasan pergunungan Balkan sebagai tempat berlindung
dari ancaman Gereja Rom dan Konstantinople. Kepercayaan Boghumil mempunyai
pandangan Islamik tentang Tuhan. Sebagai contoh, mereka percaya bahawa Nabi Isa
a.s. adalah utusan Tuhan dan mereka juga tidak memuja ikon-ikon Ortodoks dan
Katolik yang mereka anggap sebagai berhala. Masyarakat Boghumil Albania telah
ditindas dengan sangat kejam oleh pihak Gereja, dan seringkali mengalami nasib
yang sama seperti penganut fahaman Albignesi dan Cathari di Eropah Barat.
Peperangan yang berterusan di antara fahaman Boghumilisme serta schisme di
Timur dan Kristian di Barat untuk mendominasi rantau Balkan telah menyebabkan
masyarakat Albania gagal membangunkan gereja mereka atau menjalinkan hubungan
dengan agama Kristian sepanjang Zaman Pertengahan. Penindasan agama dan politik
yang terpaksa di alami di tangan orang-orang Byzantine dan Latin telah
menjadikan mereka golongan paling awal di Eropah yang mengalu-alukan kedatangan
futuhat Empayar Uthmaniyyah pada abad ke 15 ke Balkan.

Pengerusi
Forum Muslim
DOMINASI KRISTIAN
Selain komuniti Islam, dua lagi entiti keagamaan wujud di
Albania iaitu komuniti Katolik dan Ortodoks. Pengaruh dan peranan mereka
tersebar di seluruh negara, sama ada di pentas politik, mahupun media, ekonomi
dan masyarakat. Kedudukan geografi masyarakat Muslim Albania, iaitu antara
Constantinople dan Rom telah menjadikannya zon pertemuan di antara Ortodoks
Timur dan Katolik Barat. Perang salib sejak zaman Pope Urban II pada abad
ke-11, dan diikuti oleh perang yang lain pada zaman Empayar Uthmaniyyah, telah
mengangkat Albania sebagai zone kulturkampf antara gerombolan dari Timur
dan Barat untuk mendominasi dan mengkristiankan penduduk.
Agama Kristian telah menunjukkan dominasi dan kuasa di
rantau Balkan sejak pengunduran Empayar Uthmaniyyah dari rantau itu pada tahun
1913. Walau bagaimanapun, imperialisme Kristian telah mempamerkan sifat agresif
yang lebih jelas di Albania selepas tahun 1990-an. Sejak 1991, Albania telah
dimasuki oleh pelbagai organiszasi Kristian yang telah cuba memurtadkan
penduduknya dan menjadikan mereka penganut Kristian, setelah mereka memahami
keadaan Albania yang terdesak itu. Gereja Katolik merupakan antara institusi
paling berkuasa yang bertujuan untuk menjadikan penduduk Albani sebagai
penganut Kristian. Dengan sokongan padu dari Barat, terutamanya Itali, Austria
dan Vatican, ia mungkin merupakan institusi paling penting di Albania.
Propaganda untuk memurtadkan penduduk Albania ini adalah sangat agresif pada
masa dahulu. Aktiviti mereka di negara itu tidak terkira jumlahnya, dan antara
yang boleh disebutkan di sini adalah penubuhan Kathedral Katolik di tengah
bandar Tirana, pembukaan sebuah Universiti Katolik, penubuhan banyak institusi,
akhbar, radio malahan parti politik.
Walaupun masyarakat Katolik Albania hanya merangkumi 10%
daripada jumlah penduduk, mereka telah berjaya membina gereja-gereja moden,
sekolah-sekolah dan tadika agama, perkampungan kanak-kanak, hospital dan
sebagainya di seluruh Albania. Kini, mereka sedang berada di peringkat akhir
pembukaan Universiti Katolik di Durrės dan pada tahun 2004 gereja Katolik
tersebut mengendalikan sebuah universiti swasta di Tirana yang dinamakan Zoja
e Kėshillit tė Mirė (the Lady of the Good Council), institut latihan
seperti Don Bosco dan sebagainya. Selain itu, pihak gereja telah berjaya
menjadi bayang-bayang bagi senario politik Albania secara keseluruhan.
Selain aktiviti keagamaan, gereja itu juga telah membuka
banyak pusat untuk merekrut para intelektual Albania dalam ideologi mereka.
Vatican dan Itali berada di belakang Parti Demokristian Albania, yang
dikendalikan oleh golongan fundamentalis Katolik yang mendakwa bahawa masa
hadapan Albania berada di Eropah, dengan penukaran agama kepada agama Katolik.
Dengan sumber kewangan yang kukuh daripada Vatican, Austria dan Itali,
ahli-ahli Demokristian telah membuka cawangan parti mereka di seluruh pelusuk
Albania dan mereka mempengaruhi operasi dalaman Parti Demokratik. Pengaruh
Vatican sangat dirasakan di bahagian utara Albania, di mana orang-orang Islam
sering didiskriminasi oleh para penganut Katolik yang bekerja bagi pihak Parti
Demokratik di institusi kerajaan dan sektor-sektor lain.
Pengaruh Vatican turut dirasakan dalam media di Albania.
Justeru itu, dua akhbar tempatan Tirana, Koha Jonė and Albania dikendalikan
oleh ahli-ahli Demokristian, yang turut mempengaruhi akhbar seperti Gazeta 55,
Shqiperia Etnike, majalah seperti Phoenix dan sebagainya. Keinginan orang-orang
Katolik untuk mengkristiankan Muslim Albania dapat dilihat pada 2005 apabila
mereka mula menegakkan salib-salib di kawasan utara negara itu dan pada suatu
ketika turut mendapat sokongan duta Amerika di Tirana, Marcy Ries yang
menyumbangkan sejumlah wang dari dana kedutaan itu bagi tujuan menaja sebuah
projek di bandar Shkodra untuk menukar Masjid Fatih di Istana Rozafa menjadi
sebuah gereja.
Namun begitu, selepas tahun 1997, gereja Ortodoks telah
memainkan peranan penting dalam arena politik Albania. Berdasarkan kepercayaan
ramai penduduk Albania, gereja Ortodoks dan Biskop Greeknya, Anastasis
Yanolatos, adalah kerajaan Albania yang sebenarnya sejak tahun 1997 sehingga
2005. Gereja Ortodoks di Albania mendapat sokongan terbuka dari Greece, Serbia
dan banyak organisasi Protestan yang lain dari Amerika Syarikat. Selepas
rampasan kuasa pada tahun 1997, Greece dan Gereja Ortodoks berjaya memasuki
hampir semua sistem pentadbiran kerajaan Albania dengan penduduknya. Dari
perdana menteri Fatos Nano, sehinggalah kepada presiden Albania Alfred Moisiu,
menteri-menteri pertahanan, dalam negeri, ekonomi, negara, budaya dan
kesihatan, termsuklah bekas Menteri Luar Albania Paskal Milo serta ramai lagi
menteri, ahli politik dan pegawai kerajaan yang terlibat dalam politik Albania
sehingga tahun 2005 adalah Ortodoks atau sekurang-kurangnya digelar anti-Islam.
Sama seperti orang-orang Katolik, Gereja Ortodoks mengendalikan banyak
institusi di Albania, seperti hospital gereja, sekolah awam, syarikat,
institut, radio dan akhbar. Gereja ini, selain melaksanakan penukaran agama,
turut menjalankan asimilasi nasional bagi penduduk Albania. Mereka mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap imigran Albania di Greece, yang jumlahnya melebihi
700 000. Oleh sebab di kalangan orang-orang Albania Ortodoks, ramai yang bukan
mempunyai asal-usul bangsa Albania tetapi berbangsa Vlach, propaganda
orang-orang Greek sejak 12 tahun lalu telah membuat percubaan untuk mengatur
kembali dan memperkukuhkan mereka dari segi ekonomi dan mengingatkan mereka
tentang latar belakang etnik mereka. Kini, orang-orang Vlach sangat berkuasa
dalam mengawal kedudukan dalam institusi-institusi di Albania. Dari datuk
bandar Tirana sehinggalah kepada pengarah Akademi Sains, penerbit akhbar
terbesar di Albania, dekan fakulti ekonomi, sejarah, psikologi dan sastera di
Universiti Tirana, pengarah Soros, rektor Universiti New York di Tirana,
menteri pertahanan dan ramai lagi adalah sama ada berketurunan Vlach atau
sahabat baik dan penyokong ketua biskop Yanulatos dan Greece. Seperti yang telah
dinyatakan oleh James Petifer, seorang sejarawan British, di dalam artikelnya
tentang pilihanraya kecil pada tahun 2003, bangsa Albania, Vlach dan Greek di
Albania mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pemerintahan Parti Sosialis,
malah beliau melabel Parti Sosialis sebagai agak bersifat Ortodoks.
Seain daripaa Parti Sosialis, bangsa Vlach dan Greek di
Albania turut mempunyai wakil dalam Parti Pembelaan Hak Asasi Manusia (dikenali
sebagai Omonia). Pada tahun-tahun sebelumnya parti ini telah berjaya mengambil
3 hingga 4 kementerian daripada golongan Sosialis atau Demokrat, yang terpaksa
menenangkan mereka untuk memperoleh restu Greece dan Kesatuan Eropah (EU) ke
atas kerajaan mereka.
* * *
Selepas tahun 1991, dengan pembukaan Albania kepada
Barat, tentera-tentera Protestan, Mormon, Jehovahs Witness, Evangelist,
Calvinist, Lutheran, Adventist, Tele-evangelist, Kadiani, Bahai dan puak asing
yang lain telah menyerang Albania. Berdasarkan keadaan penduduk yang agak
terasing dan hidup dalam kebuluran, mereka telah mengumpan para penduduk
Albania dengan Kitab Injil dan makanan kepada mereka yang sangat terdesak untuk
keluar dari kepompong kemiskinan, sambil mengintai habuan untuk mereka di
barat.
Oleh sebab perbelanjaan mereka yang mencecah berjuta-juta
dolar, sejak tahun 1991, banyak gereja protestan yang telah dibina di Albania.
Golongan Protestan, Evangelist, Calvinist, dan Jehovahs Witness telah disokong
dengan begitu padu oleh negara masing-masing. Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan oleh Pusat Resolusi Konflik Albania, propaganda dan pelaburan yang
meluas oleh para mubaligh di Albania sejak 15 tahun lalu telah menukarkan 3.1%
penduduk Albania kepada agama Protestan.
Apa yang menarik adalah kecenderungan orang-orang Amerika
untuk menukarkan agama penduduk Albania, yang sebahagian besarnya kemudian
diambil bekerja untuk mereka. Akibat bantuan asing, laporant tersebut
menyatakan bahawa golongan Protestan dan Prthodoks adalah golongan yang paling
bersepadu dan maju di kalangan masyarakat Albania, manakala masyarakat Muslim
pula berada di kedudukan paling teruk.
Corak yang serupa yang diikuti oleh hampir semua puak
asing di Albania adalah untuk menghapuskan identiti Muslim para penduduknya dan
menukar agama mereka. Jika pada masa sekarang, Komuniti Muslim Albania
mempunyai hanya 3 buah kereta buruk, atau tiada langsung, gereja-gereja yang
beroperasi di Albania selalunya mempunyai helikopter. Mereka seolah-olah
seperti kerajan-kerajaan kecil yang berada di bawah sebuah kerajaan. Dengan
keadaan ekonomi mereka yang kukuh, mereka menganjurkan pameran dan persidangan
secara besar-besaran, siaran televisyen tentang para penganut baru agama mereka
dan penerbitan yang menjadikan masyarakat Muslim Albania sebagai sasaran.
Banyak gereja dan organisasi Kristian mengendalikan sekolah, pertubuhan,
institut, rumah anak-anak yatim dan klinik. Mereka turut mengendalikan empat
stesen radio, meskipun undang-undang Albania melarang kewujudan stesen-stesen
radio berunsur keagamaan apabila ia berkaitan tentang Islam. Penduduk awam di
Albania percaya bahawa banyak operasi gereja-gereja ini turut terlibat dalam
aktiviti pengintipan terhadap negara tersebut. Tanggapan ini telah disahkan
apabila akhbar tempatan Albania secara terbuka mengakui bahawa banyak mubaligh
yang beroperasi di negara itu turut terlibat dalam pengintipan negara asing.

Mubaligh
Mormon di sepanjang jalan Tirana
Oleh sebab bilangan pusat dan Organisasi Bukan Kerajaan
(NGO) Kristian di Albania adalah terlalu besar, adalah mustahil untuk mengesan
kesemuanya. Walau bagaimanapun, senarai berikut dapat membantu dalam
menjelaskan keadaan yang dihadapi oleh Albania pada masa ini:
SJAA (St. John Ambulance Association); SSJE (Society of
St. John Evangelist); SPSM (Society for the Sacred Mission); SCM (Student
Christian Movement); UCCD (United Christian Council for Democracy); VAT
(Voluntary Aid Detachment); YMFS (Young Mens Friendly Society); PSCE (Peoples
Society for Christian Endeavor); C.O.S. (Charity Organization Society); FANY
(First Aid Nursing Yeomanry); BSC - Bethany Christian Services (Shėrbimet
Kristiane Bethany,); CF - Cross Foundation (Fondacioni i Kryqit); FPEC -
Foundation Program for Evangelization of Children (Fondacioni Program pėr
Ungjillizimin e Fėmijėve); Power of Light (Fuqia e Dritės); International
Professional Development (Zhvillimi Ndėrkombėtar Profesional); Humanitarian
Foundation for Protection of Women and Children (Fondacioni humanitar i
mbrojtjes sė gruas dhe fėmijės); Adams Humanitarian Foundation (Fondacioni
Humanitar Adams); Word of Life Foundation (Fondacioni Fjala e Jetės);
God Loves Albania (Zoti e do Shqipėrinė); Way of Peace (Rruga e Paqes);
Austria for Albania Foundation (Fondacioni Austria pėr Shqipėrinė); Church of
Christ Tirana (Kisha e Krishtit Tiranė); Siloah Fellowship International;
Albanian Encouragement Project (Projekti pėr inkurajimin e Shqipėrisė); Norsk
Nordhjelp; International Christian Foundation (Fondacioni Kristian
Ndėrkombėtar); Nostra Signora del Buon Consiglio; Orthodox Clinic of
Evangelization (Klinika Ortodokse e Ungjillizimit); Bethany Fellowship
Albania; Christian Center Victory (Qendra Kristiane Fitorja); Mission
Emanuel for Albania Foundation (Fondacioni Misioni Emanuel pėr Shqipėrinė);
Contribute for Education Mission (Misioni Kontribut pėr Edukimin); Orthodox
Union Friends of St. Cosmo (Lidhja Ortodokse Miqtė e Sh. Kozmait);
Christian Aid Service (Shėrbesa e Ndihmesės Kristiane); Jehovas Witnesses
(Dėshmitarėt e Jehovait); Christian and Evangelist Union (Enti i Bashkimit
Kristian dhe Evangjelist); Adventistic Church (Kisha Adventiste); Christian
Evangelistic Church (Kisha Kristiane Evangjeliste); Charity Mission Mother
Theresa (Misioni Bamirės Nėna Tereza); Selessian Association (Shoqata
Seleziane); World Baptist Foundation (Fondacioni Botėror Baptist); Yürgen
Walman Foundation (Fondacioni Jürgen Walman); Contro Informazione Terzo
Mondo; Humanitarian Foundation for Albanian Christian Culture (Fondacioni
Humanitar pėr Kulturėn Kristiane Shqiptare); Colping Family (Familja
Kolping); European Baptist Federation (Federata Baptiste Evropiane); Youth
for a Mission (Tė Rinjtė pėr njė mision); Don Bosco Social Center (Qendra
Sociale Don Bosco); Charity Missionaries Sister M. Ancilla (Misionaret e
Bamirėsisė Motra M. Ancilla); Jesus Pupils Society (Bashkėsia Nxėnėsit
e Jezusit); Adventistic Church of the Seventh Day (Kisha Adventiste e Ditės
sė Shtatė); Mother Theresa Mission (Misioni Nėna Tereza); Nehemiyah
(Nehemia,); Free Finish Mission (Misioni i Lirė Finlandez); Liahona;
International Protestant Assembly (Asambleja Protestante Ndėrkombėtare); Adra
Albania Agency for Adventistic and Spiritual Development Albania (Agjencia
pėr Zhvillimin Adventist dhe Shpirtėror nė Shqipėri); Oklahoma World
Institute of English for Albania (Oklahoma Instituti Botėror i Anglishtes
pėr Shqipėrinė); Hope for Albania (Shpresė pėr Shqipėrinė); Gjerasim Qiriazi
Foundation (Fondacioni Gjerasim Qiriazi); Estafier.*
ANTARA
KEWUJUDAN DAN KEPUPUSAN
Masyarakat Muslim Albania telah menyaksikan pelbagai
kejutan tentang identiti mereka, setelah peristiwa 11 September. Selari dengan
histeria global terhadap Islam, komponen kerajaan Albania sering terlibat dalam
perjuangan menentang masyarakat Muslimnya sendiri. Sebagai contoh, pada tanggal
13 Januari 2003, setiausaha MCA telah dibunuh di pejabat beliau. Media yang
disokong oleh kerajaan menuduh mereka sebagai golongan fundamentalis.
Pejabat-pejabat Komuniti Muslim Albania telah banyak kali diserbu dan para
kakitangannya ditahan tanpa arahan dari mahkamah. Orang-orang Islam yang lain
serta imam-imam mereka telah dibawa keluar dari masjid-masjid mereka dan
capjari serta gambar mereka diambil, walaupun sehingga hari ini tiada bukti
yang nyata menunjukkan bahawa mereka terlibat dalam jenayah yang kejam ini.
Aparteid dan diskriminasi yang berlaku secara halus ini
tidak dapat dilihat oleh generasi baru masyarakat Muslim Albania. Mereka tidak
memahami mengapa media perlu menuduh mereka sebagai orang-orang jahat dan
menyamakan agama mereka seperti puak Taliban, sedangkan mereka hanyalah
orang-orang Islam sama seperti nenek moyang mereka dahulu? Masyarakat Muslim
Albania tidak dapat memahami mengapa media melihat mereka sebagai penjenayah.
Mereka tidak dapat memehami mengapa SHIK (Perkhidmatan Rahsia Albania) perlu
meletakkan peranti pepijat di pejabat-pejabat MCA dan masjid mereka, dan
selepas itu menanggalkannya semula dengan membuat amaran bom palsu di
pejabat-pejabat MCA. Mengapa mereka,dan bukan orang lain? Mungkinkah kerana
mereka adalah golongan paling miskin dan lemah di negara itu?
Pada hari ini, golongan Muslim Albania merupakan golongan
paling miskin dan dipulaukan dalam masyarakat Albania. Untuk mengatasi keadaan
ini, mereka perlu membina institusi, sekolah, pertubuhan dan media sendiri.
Tetapi mereka tidak mempunyai sumber untuk tujuan itu. Malah mereka tidak
mempunyai masjid yang cukup untuk solat Jumaat. Kini, Tirana yang merupakan ibu
negara Albania hanya mempunyai 8 buah masjid, dan pada setiap hari Jumaat,
orang-orang Islam di Albania terpaksa bersolat di luar masjid Ethem Beg di
Dataran Tirana kerana Masjid Uthmaniyyah Lama tidak mampu menampung jumlah
mereka. Keadaan yang sama juga berlaku di bandar-bandar lain.

Penduduk
Albania bersembahyang Hari Raya Aidilfitri dalam tahun 2004 di Dataran Utama
Tirana
kerana tiada masjid di bandar itu yang dapat menampung mereka.
Masyarakat Muslim Albania di Tirana tidak mempunyai kolej
persendirian di mana mereka boleh menghantar anak-anak perempuan mereka yang
berhijab, apabila mereka dibuang dari sekolah-sekolah kerajaan kerana
mengenakan hijab. Tetapi komuniti-komuniti lain termasuklah Kadiani dan Ahmedi,
mempunyai kolej-kolej tersebut. Masyarat Muslim Albania, berbeza daripada
masyarakat Kristian, tidak mempunyai stesen radio atau akhbar untuk komuniti
mereka. Satu-satunya akhbar Muslim yang diasaskan di negara itu selepas tahun
1991 (Drita Islame), tidak berada pada keadaan yang begitu baik pada masa ini.
Walaupun sejarah silam penduduk Albania penuh dengan peristiwa-peristiwa yang
penting, mereka berada dalam keadaan yang amat terdesak pada masa ini. Mereka
tidak mempunyai institut pendidikan Islam di negara itu, yang dapat diharapkan
untuk memelihara sejarah Islam Uthmaniyyah yang lampau, dan boleh mendidik
masyarakat tentang sejarah dan agama nenek moyang mereka di bawah pemerintahan
kerajaan Uthmaniyyah, walaupun pada hakikatnya mereka bukanlah kekurangan para
intelek yang mampu mengendalikan insititusi seumpama itu.
Walaupun masyarakat Muslim Albania merangkumi majoriti
penduduk di negara itu, mereka tidak memiliki sebuah parti politik untuk
mewakili dan mempertahankan hak mereka apabila berhadapan dengan pelbagai
serangan yang dibuat ke atas identiti mereka. Ketiadaan parti-parti politik,
stesen radio, akhbar, sekolah, institusi, pertubuhan dan sebagainya di kalangan
masyarakat Muslim Albania bukanlah disebabkan komuniti mereka tidak mempunyai
kakitangan yang cukup. Masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat Muslim
Albania adalah sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar yang
menyelubungi masyarakat Albania. Keadaan ekonomi yang teruk yang diwarisi sejak
zaman pemerintahan komunis dan janji-janji palsu yang diberikan dalam era
demokrasi adalah penyebab utama masalah ini. Orang-orang Islam di Albania
menderita akibat kesengsaraan ekonomi yang dilalui oleh negara itu pada masa
ini. Di negara yang kadar penganggurannya mencecah 50% daripada jumlah
penduduk, serta telah terjejas akibat polisi ekonomi IMF, masa hadapan
masyarakat Muslim Albania adalah sangat kabur.
Satu-satunya harapan mereka untuk kembali gemilang
bergantung kepada masyarakat Muslim di dunia luar. Sambil menyaksikan
kebanjiran beribu-ribu pendakwah Kristian, ahli-ahli perniagaan, para pegawai,
institusi, dan organisasi Kristian ke negara mereka, mereka terus berharap
bahawa suatu hari nanti, walaupun dunia Islam akan dimodenisasikan dan, mereka
akan tetap mengingati saudara-saudara seagama mereka di Eropah.
Tetapi, sehingga dunia Islam disedarkan tentang adanya
kehadiran masyarakat Muslim berwajah Eropah di Albania, mereka harus berjuang
untuk terus bertahan di rantau yang tidak begitu menyenangkan mereka; jauh dari
kelompok Muslim yang lain, di ambang keagresifan golongan Kristian.
rujukan
· M. Gleny, The Balkans 1804 1999, NY, 2000, p. 23
· B. Jelavich, Historia e Ballkanit, Tirana, 1999,
Pp. 87
· S. Shaw, History of the Ottoman Empire and Modern
· F. Babinger, Mehmed the Conqueror and His Time,
· Ibid, p. 273
· O. Jazexhi, KRYENGRITJA POPULLORE SHQIPTARE E 1912
1915,
· Marxs opinion for the people of Orient was that:
They cannot represent themselves but they must be represented , quoted by E.
Said in: Orientalism, p. 21
· Historia e Shqiperise, Tirana, 1959, p. 340
· See the mapping description on the Turkish and
Arabic victories in
· Armin Hetzer,
Geschichte und Gegenwart. Probleme der
Geschichreinbung Albaniens, Balkan Archiv, nr. 6,
· James Pettifer, Albanian Elections 2003 -
Progress, Shortcomings & The Greek Factor, Conflict Studies Research
Centre, November 2003
Olsi Jazexhis talk with Tiranas Mufti, Shaban
Salihu on March 2006
· Read Edith Harxhis report on
Komploti greko-komunist kundėr Demokracisė Shqiptare
On
: http://www.edsh.net//kombi/repshqiperise/komploti1.htm
· James Pettifer, Albanian Elections 2003 -
Progress, Shortcomings & The Greek Factor, Conflict Studies Research
Centre, November 2003
· After facing intense requests and an undeclared
rebellion from the Imams of Tirana, Durrės, Elbasan, Kukėsi and other towns of
· The report of the Transparency Commission of AMC,
issued on 04/ 05/ 2004 which was headed by Lezhas Mufti, Tomorr Ballabani;
found Ermir Gjinishi responsible for the mismanagement of the properties of AMC
and requested his suspension.
· Olsi Jazexhi. AVOKATĖT E DJALLIT NĖ ĒĖSHTJET E
ISLAMIT, Korrieri, 29 May 2004
· For more read the reaction of the Muslim Forum of
Albania at: http://www.forumimusliman.org/english/pershtyp7.html
· Myslimanėt Kundėr Qeverisjes Nano, Koha Jonė, 29
December 2004, pg. 3
· Raporti i Ministrisė sė Arsimit/ Mbyllen 10
institucione, Gazeta Shqiptare, 1 January 2005, pq. 2
· The Present Economical Situation of the Muslim
Community of Albania, 2004 Report, by Suleyman Sula, Director of the Economic
Division of MCA: obtained by Olsi Jazexhi
· Available Online at: www.forumimusliman.org
· A reaction from the Muslim Forum of Albania on
this subject can be read at: http://www.forumimusliman.org/english/pershtyp6.html
* Kastriot Myftari, Miti i Harmonisė Fetare dhe
Realiteti i Konfliktit, Gazeta Tema, September 2004
* James Pettifer, Albanian Elections 2003 -
Progress, Shortcomings & The Greek Factor, Conflict Studies Research
Centre, November 2003
* The report can be read online here: http://groups.yahoo.com/group/alb-muslimnews/files/6raporti_fete_e_korrektuar.doc
* I. Bardhi, REFLECTIONS ON THE SITUATION OF ISLAM
IN ALBANIAN LANDS,