 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
Mari kita tengok apa yang ada disebalik tarikh lahir kita. ***Betul atau secara kebetulan*** |
|
|
|
Psssttt.... Cuba chek korang nyer gf/bf secret disebalik tarikh lahir meh.... |
|
|
|
|
|
Tarikh Lahir pada 1
, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun
dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang
lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan
ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana
bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam
hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala
keinginan pasangannya.Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi
sebuah persahabatan yang telah terjalin lama. |
|
|
|
Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka
menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang
suka
bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling
benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru
dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis
sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang pendorongnya
agar
tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. |
|
|
|
Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan
yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan. |
|
|
|
Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai,
suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin
dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata
keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan
orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering
bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain
merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat
kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. |
|
|
|
Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan
selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. |
|
|
|
Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantangmenyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. |
|
|
|
 |
|
 |
|
|
 |
|
|
|
|
|