|
Mendandan
Si comel berbulu panjang perlu diberus setiap hari, ini bukan sahaj menguatkan ototnya malah membantu mencegah bulu kekusutan. Si comel yang pendek bulunya juga harus dibelai dengan tangan yang lembap untuk memelihara bulunya agar berkilat.
Kutu
Si comel mungkin mempunyai kutu jika kerap menggaru dan menggigit dirinya.
Ada banyak rawatan yang mudah dan produk untuk menangani masalah ini tetapi jika kurang pasti, dapatkan nasihat doktor haiwan.Jangan lupa bersihkan tempat tidur
si comel dan kawasan sekitarnya.
(Petua mak : Satu liter air dan satu sudu cuka makan untuk hilangkan kutu)
Kebersihan
Pastikan kebersihan dengan mencuci mangkuk makanan dan membuang makanan yang tidak dimakan selepas tempoh yang agak lama.
Suntikan
Pada usia 6-12 minggu, si comel perlu disuntik untuk mencegah Feline Infectious
Enteritis dan penyakit pernafasan. Suntikan tahunan dapat memastikan si comel mendapat perlindungan berterusan.
Jangkitan Telinga
Jika si comel menggeleng kepala dan menggaru telinganya, lihat sama ada terdapat
benda asing. Jika ia berbau, atau hadirnya butiran hitam yang kecil, segera dapatkan nasihat doktor haiwan.
Sakit Mulut
Kehadiran tartar pada gigi boleh menyebabkan sakit gusi, pemborokan dan gigi
longgar. Ini akan menjejaskan selera makannya taua si comel terpaksa mengunyah di sebelan mulutnya sahaja. Kalau ini berlaku, si comel memerlukan rawatan doktor gigi. Dalam kes kecemasan, lumutkan mulutnya dengan larutan garam cair.
|
|