|
Memilih kucing kesayangan
Andainya anda mencari kucing yang sesuai untuk dijadikan haiwan pemeliharaan, anda mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran membuat pilihan. Sebab kini terdapat kira-kira 40 baka kucing dan lebih kurang 500 jenis kucing yang berlainan. Secara amnya terdapat 4 kumpulan kucing yang utama, kucing berbulu panjang, kucing berbulu pendek, kucing siam dan kucing berbulu pendek asing. Di Malaysia, baka kucing berbulu panjang seperti kucing Persia lebih popular kerana ia amat cantik.
Walau apapun, setiap baka kucing adalah berbeza dari segi pembawaan dan tabiat. Jadi lebih baik untuk mengetahui baka mana yang lebih sesuai dengan diri anda sebelum membuat pilihan. Sesetengah pemilik kucing lebih menggemari kucing tempatan kerana kucing tempatan lebih riang, manja, setia dan seronok diajak bermain.
Adakah jantina kucing satu persoalan ?
Sama ada memilih baka jati atau tempatan, persoalan yang sering timbul ialah jantina kucing. Sebagai contoh, kucing jantan agak manja tetapi suka merayau-rayau untuk
tempoh yang lama dan cenderung bergaduh dengan kucing yang lain. Kucing betina sebaliknya jarang merayau walaupun manja.
Di mana hendak mendapatkan kucing ?
Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) di Malaysia biasanya
mempunyai kucing yang memerlukan tuan yang penyayang. Anda boleh menghubungi mereka di 03-4565312.Sekiranya anda lebih menggemari kucing pedigri dan ingin mengenali sesuatu baka dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi
Kelab Kucing Malaysia di 03-87366408.Walau apapun pilihan anda, pastikan
kucing itu sihat.Setiasalah pilih kucing yang aktif, dengan mata yang ceria dan bulu yang bersih berkilau. |
|