Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar
TUAN Datuk Bandar
Kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung
Pada suatu pagi yang manis dan ranum
Di atas bangunan parlimen yang kosong.
Seluruh kaum burung telah di wakili.
Oleh para cerdik pandainya, kecuali.
Perwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematian.
Penembakan, bangkai hanyut di sungai kelang.
Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan.
Perwakilan kupu-kupu yang ada kepentingan.
Dengan persoalan yang kami bincangkan.
Tuan datuk bandar,
Meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kami
Kerana perbezaan fahaman taraf 'datuk' dan 'cucu'
Kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu,
( tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran
menyebut rambut pada diri tuan-tuan,sedangkan untuk kami tuan namakan
perkatan 'bulu' )kami tetap menghormati tuan yang pernah menjan
jikan untuk MENGHIJAU SELURUH WILAYAH.
Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUANalam.
Semata-mata untuk mengejar KEHIJAUANringgit.
Sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu.
Kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu.
Mendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah.
Burung merbuk telah ditipu dengan nama padang merbuk,
Sedang mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakan sankar.
Perwakilan burung pipit telah mengemukakan protes.
Kerana menuduhnya sebagai
'' pipit pekak makan berhujan"
ia disokong kuat oleh perwakilan burung punai.
Bahawa tuan telah kaum jenis mereka.
Datuk menamakan benda-benda rahsia di tempat rahsia di tubuh datuk.
Dengan nama " pipit "dan "punai",sedangkan kami tahu.
'pipit' dan 'punai' , datuk tak pandai terbang.
Tuan datuk bandar,
Surat ini merayu kebijaksana tuan,
Peliharalah tiap pucuk dan akar tumbuhan -tumbuhan.
Tiap helai daun,tiap kelopak bunga, tiap kerimbunan.
Itulah rumah kami, kediaman kami turun-temurun.
Malah demi kesejahteran manusia,
Kesihatanya, kebahagianyanya, kedamaianya.
Alam semula jadi seribu keindahan mekar.
Di bawah matari bersinar.