Kitakah Penyambung Warisan?

Kitakah penyambung warisan datuk nenek.
Yang tidak lagi berpedang pahlawan.
Untuk meniti tiap ruang kehidupan sebenar.
Dengan melaungkan seribu gagasan serentak.
Supaya kita tidak besar dengan tepuk sorak.
Sebagai pewaris ulung yang bisa merencana.
Dengan begitu saksama dan terlaksana

Sebagai pewaris amanatkah kita ini
Tanpa membawa sama kata-kata datuk nenek
Sebagai bukti anutan sejarah masa lalu
Yang mengurnikan mohor kebesaran kepada kita
Untuk suatu bangsa yang menjulang daulat
Dengan penganugerahan kebebasan
Yang mempertaruhkan usul dan muslihat?

Besarnya peranan sejarah kelahiran suatu bangsa
Kisah datuk nenek yang mempertaruhkan
Nyawa dengan semangat jitunya
Dengan kisah-kisah silam
Berpegang semagat perjuangan yang kental
Yang mengingatkan kita supaya tidak
Menyulitkan diri dengan
Gagasan-gagasan melulu
Kerana semuanya telah pun sedia
Tersaji sejak dahulu.

Othman Hashim


Laman Puisi 1