Anak-anak Kita

Anak-anak kita
Tuju kemajuan dalam kenihilan
Hati jumud mengejar keseronokan
Hingga kabur jurang di depan

Anak-anak kita
Tuju kemajuan dalam keintelektualan
Namun hati jumud mengejar kebendaan
Sehingga terlupa larangan

Anak-anak kita
Kerana jumudnya hati
Kerana hanghasnya perasaan
Mereka lupa kehidupan
Hidup tanpa pegangan

Cuba di tanya anak-anak kita
Mana perginya corak dari ibu bapa
Mana hilangnya titis tinta pemberian guru
Mana kemana pegangan mereka

Anak-anak mereka
Kejutkan mereka dari lamunan
Kenihilan mereka harus diisikan
Kejumudan mereka harus dibukakan
Kehangasan harus dikikiskan
Agar hidup tak kebobrokan.

Muhamad Saiful Saharum,Kulai, Johor


Laman Puisi 1