Pencarian I

Fikiran kusut umpama tali bersirat
Selepas terjerat bahana
Noda tersirat
Jiwa bak besi karat

Pertanyaan di manakah puncanya?
Tidak terjawab sehingga terdengarlah
Suara halus berbisik
"wahai jiwa yang tak tenang
kembalilah kepada al-Quran dan al-Sunnah"

Ketenangan tidak akan ditemui
Jika jiwa disimbahi kekotoran
Darah amarah dan nanah mazmumah.

Sekian lama mencari dimanakah ketenangan
Akhirnya ditemukan dalam nubari
Dilimpahi kurnia Ilahi
Terasalah jitaan nikmat hakiki

Rafidah Hashim,Subang,Selangor


Laman Puisi 1