Pewaris Watan

Mereka semua pewaris watan
anak-anak yang menangis
yang tak mahu ditinggalkan
putih bersih wajah hatinya.
"Corakkan mereka dengan warna
menawan hati"

Mereka semua pewaris watan
remaja yang meraba-raba
mencari pengisi dada.
"Ajarlah mereka
menilai bunga-bunga bangsa"

Mereka semua pewaris watan
muda mudi yang terhumbang
di dunia yang pura-pura
"Sediakan cangkul dan fail-fail
agar kita bisa tersenyum bangga"

Mereka semua pewaris watan
wanita-wanita yang berani
yang tidak mahu lagi berdiri bi belakang
walau diterik mentari
"Pagarilah kewanitaannya
dengan kalongan bunga"

Mereka semua perwaris watan
yang tidur di sudut pasar
yang berumah di bawah jambatan
yang menadah pada yang lalu
"Terangilah hidupnya dengan sinar harapan
basahilah bibirnya dengan embun kebahagiaan"

Atau
kaukah pewaris watan tercinta
bersandar di kerusi empuk
berfikir di udara sejuk
Kau, aku dan mereka
pewaris watan tercinta
tidak melupai sumpah dan janji setia

A. Bakar,Pak Badol,(Watan, 17 April 1981)


Laman Puisi 1