Sahabat
Salam kasih untuk sahabat
yang bersusah kerana kesusahanku
memberiku pinjaman
apa yang sukar aku bayarkan
memberiku kefahaman
apa yang dulu aku keliru
Salam kasih untuk sahabat
yang mengajarku jangan jemu
ilmu tidak tawar oleh ulangan
jiwa tidak luntur oleh sumpahan
salam hormat setingginya, sahabat
aku kagum oleh hujahmu.
Aku pernah tiba di tempat
di mana pujian murah
cacian juga semakin cepat
aku [ernah tiba di padang
di mana kebenaran semakin jarang.
Kini, di sini aku berdiri
dengan kaki peribadi sendiri
pertemuan singkat denganmu, sahabat
menghadiahiku makna hakikat.
Rahman Shaari