Ketika Ekonomi Sakit

Kitika ekonomi sakit
siapalah yang tidak gusar
hidup bagai dicabar
kehendak atau kemahuan
yang selalu dilayan
menuntut kepuasan

Ketika ekonomi sakit
siapalah yang masih berpalang dada
tanpa sedikit keluhan
atau rasa terbeban
kejatuhan ringgit
kenaikan harga barangan
sesungguhnya ini dugaan kesenangan

ketika ekonomi sakit
siapalah yang masih berdiam diri
memerhati dan menanti
hujan nasib mengubah keadaan
tersisih dari persaingan
atau rela ketinggalan

Ketika ekonomi sakit
laungan dan slogan
disambut dengan kesedaran
disusuli bijak tindakan
dalam situasi begini
kita bina kekuatan
kerana kita bukanlah pesakit
yang memilih mati kelaparan

Nazim Mohd Subari,Endau, Johor


Laman Puisi 1