Afghanistan
Bulan sudah tidak mengembang lagi dilangit
Atau pucuk daun-daun kelapa
Juga tiada lagi tepukan tangan dan ketawa
Panjang
Lampu-lampu di kota kabul sudah mula suram
Anak - anak tidak lagi bercerita tentang cerita
Sedang tangan-tangan asing kian menggamit daerahnya
Atas nama tidak kerelaan
Seperti di Cuba , Vietnam dan Kampuchea
Suara-suara senjata dan periuk api sering menyapa
Dan meranap setiap yang ada
Tanpa mengenal siapa dan apa dosanya
Afghanistan adalah hatiku, adalah jantungku
Adalah tulangku, adalah kulitku yang kehilangan apa yang digenggam
Kerana semua tak berakar pada tangan
Hunuskan keris pusakamu!
Untuk jangan mebiarkan darahmu terus mengalir
Dan jantungmu dibakar dan dibakar
Kepada para kuli di pelabuhan
Atau perempuan- perempuan di atas bukit
Jangan dibiarkan diri menunggu waktu
Atau para komunis mengoyak kepalamu
Dan menghiris - hiris dagingmu
Serta memburai tali perutmu
Bersatu dan teriakkanlah !
' teruskan perjuangan demi bumiku afghanistan '
dan kiranya ada yang gugur atau kembali menemui Tuhan
sediakanlah widara
dan rautlah kayu cendana
Ismaily Bongsu,Kota Kinabalu,Sabah,1980