Dedikasi

Sedari mula
kalianlah pewaris pejuang
memartabatkan pendidikan
wadah kemuliaan dankemanusiaan
demi kelangsungan tanggungjawab
dan peranan

kini,
yang mekar adalah kuntum nostalgia
harum
yang menyerlah adalah wangian
kenangan manis
yang berseri adalah jasa bakti tak
terlupakan
yang sentiasa semerbak adalah doa
restu yang tak kesudahan.

Lalu,
pada malam sehening ini
tiadalah anugerah istimewa
menghangatkan senyuman
hanyalah serangkai bicara
merentas kejauhan tatapan mata
namun, segar berseri menyuluh diri.

Lerbar hari mematangkan minda
menghitung jejak yang menyakinkan
kerana kalian
adalah pohon peribadi nansyahdu
meski di gelanggang mana sekalipun
pohon itu pasti kukuh dan padu.

walau bila dan dimana jua
pohon itulah membuahkan
keintelektualan nan luhur
kerana kalian
penyuluh gelita dan obor tersohor.

Yang terserlah
kembang nostalgia kian meriah
yang teeiring
kemesraan tulus ikhlas.

Mahaya Mohd Yassin


Laman Puisi 1