Belia Negara
(Sempena Hari Belia Negara 12 Mei 2000)

Ini hari putik sedang menghijau
mewarnai perkebunan di taman warisan
ranum di laman ayah bonda
mengisi pendekar seorang lelaki
ada puteri menguntum senyum pertiwi
generasi pemimpin hari esok
penyambung perjuangan yang belum selesai

Pupuk dan bajailah kebin itu
biar subur benih harapan
pengisian penuh jitu dan matang
tegar membangun bangsa negara tercinta
tegak ketrampilan dan seimbang
harmonis dipuncak keimanan
menyedut napas kesejahteraan
seluruh warga bahagia

Jika mahu melihat corak
masyarakat masa depan
lihatlah pada generasi hari ni
benarlah ungkapan Iman al-Ghazali
dan sajaklah kata sabda,
berilah aku seorang remaja perkasa
nescaya mereka memotong sepuluh lain
kerana mereka tak punya upaya segala!

Dj Dolasoh,SMKSAS, Lenggomg,Perak.


Laman Puisi 1