Dari Seorang Gadis
Aku terbaca diari seorang gadis
Telah berkecai
Aku temui rasa kecewa
Pada diari seorang gadis
kerana rasa cintaku
yang indah
telah hancur
aku ingin jalani hidup ini
berteman kenang-kenangan
dan linangan air mata
Lalu kututup
Diari seorang gadis
Bersama rasa kecewa
Kerana hatinya
Telah tawar
Menerima kalimat cinta
Pak Badol,1978