Di Manakah Keadilan
Hutan yang tebal telah terang
sungai yang jernih kekeruhan
paya yang dalam kekeringan
rumput yang subur kemerahan
udara yang sejuk kepanasan
.....kedamaian telah tiada
kebisingan bermaharajalela
Burung berterbangan mencari dahan
riak air bukan lagi ikan
tiada lagi taman permai
anak-anak berlari dalam debu
rimba kota terus dibangun
Adalah terlalu tidak adil
dunia ini manusia sahaja.
A.Bakar Salleh,Lorong Kubur,Machang