Kini Ku Mengerti
Kini baru ku mengerti
Betapa mistiknya
Bumi ini
Tanpa hamparan
Rerumput dan dedaun
Bumi tiada bererti
Tandus ....
Gersang .....
Tiada Nilai untuk diberi.
Dan kini jua
Baru ku mengerti
Betapa UNIKnya
Hati ini
Tanpa hamparan
Sentuhan kasih dan sayang
Hati tiada bererti
pilu...
syahdu......
Tiada siapa ingin peduli.
Memang benar kata orang
Kasih tak dapat dibeli
Cinta tak dapat dikongsi
Ia datang dan pergi
Sesuka hati
Terpulang pada insani
Untuk menghargai
Nilai kasih yang diberi
Usah ditangisi
Cinta yang telah pergi
Usah dikesali
Kasih yang layu dijari
Kerana.....
Semua itu minta di ReNunGi...
Anakku Sazali ,1 Muharram 1421 ,6 April 2000 ,1.53 pg