Catatan Kepada Bonda

Kusimpan senduku
Di balik titikan kulintangan
Dititik bersama dukalaraku
Jentikan sukma pedas terasa
Ah…bergetar dan menggetar
Cerita - cerita lama yang sama
Membungkus setiap lubang seni
Menerobos keluar
Luka lama terlerai
Di antara usikan
Di sebalikan dondangan
Ayuh tak perlu difikirkan - fikir mengapa
Cincin tak pernah bertukat jari
Mata terus menyinari gemerlap sendiri
Kerana itulah cinta pramasa, realtinya
Akan tak pernah subur
Kerana tak sempat berbunga
Aduhai bonda
Sudah lama kumengerti pancaran matamu
Tidak akan ada rengekan sesekali disenangi
Dan jejari renik mencuit doamu
Aduhai bonda
Dipangkanlah
Sediakanlah kedua tangan
Dan dadamu
Akulah saja yang akan berlari
Masuk ke dalamnya
Lalu baring didadamu

Zaiton Ajamin


Laman Puisi 1