Wanita 2000

Bertuahnya Malaysia
kerana memiliki aset berharga
Wanitanya kini wanita wawasan
bukan lagi layak dipandang rendah
atau dianggap lemah tanpa gunanya

Kini Wanita Malaysia Wanita 2000
Berilmu berakhlak berwawasan
berani berjuang mempertahankan hak
bersuara demi suatu keadilan
serta bersama menyumbang jasa
untuk agama, bangsa dan negara

Malah semakin ramai wanita
gigih meningkatkan ekonomi keluarga
peka kepada isu semasa
melahirkan idea bernas dan jitu
memenuhi sektor awam dan swasta
kerana yakin kemampuan diri
bersama-sama membantu kejayaan

Kini tiada lagi istilah
�Wanita hanya layak berada di ceruk dapur�
kerana alangkah benarnya kata-kata
Tangan yang menghayun buaian.
mampu menggegar dunia.

azdriana


Laman Puisi 1