Rindu Itu Bukan Rinduku
Aku terperangkap
dalam kerinduan seorang lelaki
yang sering mendambakan
sebuah pertemuan
Katanya...
dia kasih
dia rindu
dia cinta
Katanya jua..
dia resah
sekiranya diriku jauh di mata
seminit jua sudah mencukupi
bagi mengubat rindu di dada
namun betahkah aku
untuk mengatakan
hingga kini aku keliru
kerana diriku tiada rindu
apatah lagi rasa cinta
mungkin..
rindu itu adalah rindunya
sedangkan aku masih merangkak
mencari erti sebuah kerinduan
dan kesucian cinta sejati
azdriana