Puisi Buat Temanku

Dahulu...
bila mata sudah bertemu
dunia bagaikan milik kau berdua
terasa lidah kelu berkata
namun bisikan hati menggamit syahdu
meluahkan sayang melimpah ruah
seakan tiada esok menanti..

Kasih dibelai bersulam rindu
Mentari garang nyaman terasa
dirimu terbuai impian syurga
pesona cinta manis janjinya
pada pandangan matamu
dialah insan paling sempurna...

Namun...
bahagia sementara cuma
kau ditinggalkan sendiri
terasa dunia kejam menikam
hatimu parah ditusuk kecewa

Sahabatku..temanku...
Pasti kau enggan terima
hidupmu lebur hanya kerana cinta
tak kesampaian
jangan ikutkan perasaanmu
renungilah kembali dirimu
usia muda usah dipersia
masa depan ada menanti
lupakan kisah lalu
bebaskan diri dari
pintalan kekecewaan
kerna gagal bercinta tak bermakna
hidup tidak beerti lagi.

azdriana


Laman Puisi 1