Keterlanjuran

Di suatu malam
kita tidak lagi berdua
tetapi 'bertiga'
lalu kealpaan mula menjelma
godaan menyerang
benteng mula goyah
dan akhirnya roboh jua
akibat suatu kelalaian

Kita semakin hanyut
dan tenggelam
mengemudi lautan syurga duniawi
hingga lupa akan dosa
agama dan adat budaya

Penyesalan sudah tidak berguna
masa depan sudah punah
aku kehilangan
sebuah mahkota harga diri
seorang gadis
Namun kau tidak terkesan
dengan tangisan penyesalanku
malah kau terus meminta-meminta
agar diulangi kenikmatan hasil
keterlanjuran pertama
Dan akulah yang tertekan
begitu takut kehilanganmu
kerana yang menanggung sengsara
adalah aku
dan bukan dirimu.


Laman Puisi 1