Perahu Orang Kaya Temenggung
Orang Kaya Temenggung wazir terula
Perahunya tidak boleh dicela
Sikap seperti naga gentala
Perbuatan tukang dari Benggala
Dandannya elok bagai di peta
Lengkap dengan alat senjata
Segala juak-juaknya sama sekala
Enggan beroleh nama yang lata
Kapitnya Pakeh Si Raja Dewa
Ia pun sedang gahari pula
Barang kerja boleh dibawa
Sadzarah tak mahu nama kecewa
Menjadi hakim duli baginda
tubuhnya besar seperti geroda
Jikalau musuh datang mengoda
Nama yang lari haram tiada
Datuk Menteri Wazir yang terutama
Bangsa Hashim lagi ulamak
Maksudnya hendak mengiring sama
Ditinggalkan oleh Raja Kesema
Misi Melayu,Yakin