Cinta Tak Kenal Siapa

Desiran angin cinta
akhirnya bertamu di jiwa
panahan pawana kasih
tak dapat lagi dielak
hingga tertusuk menikam sukma
Lalu terduduk sang pencinta
merindui seraut wajah
kerana hanya dirinya dapat melihat
betapa elok sang pujaan
yang mungkin tak terlihat
oleh insan yang tak menyinta
Cinta tak kenal siapa
hadir tak diduga
biar jelek di mata manusia
bukan jelek di mata pencinta
Segala sempadan pemisah
sanggup diredah
asalkan cinta menemui jalan
di hujung pelamin impian

Azdriana


Laman Puisi 1