Cinta Beralih Arah
Apalah ertinya cinta
jika ia dicemari prasangka
pertemuan hanya bibit sengketa
hilang persefahaman
terciptalah kedinginan
Kini tiada lagi cinta dihati
kasihku bertukar benci
jika hujan kau saksikan
ia adalah tangisan piluku
ribut itu gelodak perasaanku
dan seandainya ia bersatu
jangan kau dekati diriku
kerana terbukti sudah
rajuk ini tak terubat
manakala hati yang luka
semakin parah terluka.
Azdriana