Puisi Buat mama
Kau terpaksa pergi
Meninggalkan Ida di buaian
Antara rela dan tidak
Melepaskan kucupan
Walaupun kau lebih tahu
Tidak ada yang lebih berharga
Selain dakapan mesra dan susuan ibu


Kali ini
Kita dibiarkan perpisahan ini
Satu pergorbanan yang perlu
Kerana hidup ini hanya akan bererti
Bila kita tiba-tiba merasa kehilangan
dan diperlukan

Adi Badiozaman Tuah, DBP


Laman Puisi 1