Surat Dari Kampus
Sekalipun sehelai kertas kumal
Cukup membanggakan anak sekolah desa
"Terima kasih abang posmen!
Surat ini daripada kawan saya,
Seorang mahasiswa!"
Sekalipun isinya hanya berita kecil
Lagi seminggu universiti akan bercuti,
Di kampung surat itu harganya melambung
Apa lagi bagi keluarga petani.
Sehelai kertas kumal sekalipun
Tiba dari sebuah universiti,
Bagaikan mahu diusung keliling kampung
Menyatakan terima kasih tidak terhingga.
Nawawee Mohammad, DBP