Apabila demam terkena hujan


SEKIRANYA anda sering pening-pening atau demam kerana terkena hujan, bolehlah cuba petua ini. Ambil sehelai dua daun pokok hempedu bumi, juga dikenali dengan nama daun cerita. Keringkan dan selepas itu, rendam dalam secawan air panas dan biarkan ia sejuk. Apabila sudah sejuk minum air rendaman itu tiga kali sehari. Bagi orang Islam, berselawat tiga kali lebih dulu sebelum meminumnya.Insya-Allah badan anda akan lebih sihat dan kuat.


Laman Petua 1