Kencing Tidak Lawas


BILA anda kencing tidak lawas, apakah yang harus anda buat? sebaiknya dapatkan sebiji kelapa muda yang masih belum berisi. Kupaskan kelapa muda itu dan tebuk lubang untuk diminum.

Semasa meminumnya, anda bacalah selawat sebanyak tiga kali sekadar senafas sekali minum. Minum sampai habis, insya-Alaah lebih kurang 1 minit kemudian, kencing anda yang tidak lawas itu akan kembali bersih dan lawas.

Sekiranya penyakit itu menyerang semula, sudah pasti anda dihidapi penyakit batu karang atau penyakit buah pinggang. Nenek kebayan anjurkan anda segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan kesihatan selanjutnya.


Laman Petua 1