Bagaimana Hendak Mengenal Anak Ayam Jantan Dan Betina


BAGAIMANAKAH caranya untuk mengenal ayam jantan atau ayam betina yang baru sahaja beberapa hari menetas dan masih dalam jagaan atau kawalan ibunya?

Tentu anda sukar untuk mengecam yang mana satu jantan atau betina. Nenek kebayan ada satu petua untuk mudah mengenal pastinya.

Letakkan tangan ke atas bahagian belakang anak ayam lalu digoleh ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Lepaskan tapak tangan dari belakang ayam itu.

Sekiranya anak ayam itu mengembangkan kepaknya lalu mengibas-ngibaskan kepaknya, menunjukkan ayam itu betina, sementara ayam jantan tidak akan menunjukkan tanda-tanda itu.


Laman Petua 1