Mencegah Jerawat


SAYUR bayam memang enak rasanya. Tetapi tidak ramai orang yang tahu tentang khasiatnya. Salah satu khasiat yang terdapat pada sayur bayam ialah dapat melicinkan kulit muka serta menghilangkan jerawat.

Caranya cukup mudah ambil segemgam daun bayam yang baru dipetik dari pokoknya. Kemudian daun bayam dicampurkan ke dalam sedikit air (lebih kurang dua gelas air sejuk) kemudian dicampurkan satu sudu kunyit serbuk.

Daun bayam tadi hendaklah diramas untuk mendapatkan airnya. Setelah berbuat demikian, keluarkan daun bayam yang telah diramas itu. Selepas itu ambil air tadi dan disapu ke bahagian muka ataupun ke leher. Lakukan petua ini setiap pagi sebelum anda mandi. Insya-Allah kulit anda akan cantik dan sihat.


Laman Petua 1