Air Kelapa
AIR kelapa memang sedap diminum terutama bila cuaca panas. Namum, begitu ramai yang berpendapat jika selalu di minum air kelapa, kita akan mengidap penyakit lemah badan atau pun lesu.
Bagi penggemar air kelapa yang tidak mahu masalah tersebut berlaku amal kan petua ini. Setiap kali anda ingin minum air kelapa terlebih dahulu di- campurkan dengan satu atau dua butir garam. Dengan berbuat demikian pasti masalah lemah badan dapat anda hindarkan.