Penawar bisa tulang
BAGI anda yang telah berumur biasanya selalu diserang sengal-sengal
sendi dan bisa-bisa tulang, terutama apabila cuaca sejuk selepas
hujan. Amalkanlah petua ini untuk meringankan kesakitan yang meng-
ganggu kesihatan anda itu.
Apabila hendak mandi, campurkan air sejuk dengan air panas dalam se-
buah baldi. Bubuh sedikit garam. Amalkanlah mandi air panas-panas
suam ini setiap kali mandi.
Untuk memanaskan badan, makan tiga ulas bawang putih dan halia yang
telah dibakar sebesar ibu jari. Amalkan memakannya selama tiga hari.