Menghilangkan kesan karat pada besi
BEGINI caranya, ambil sedikit cuka dan dicampurkan dengan garam. Larutkan kedua-dua bahan ini ke dalam sebekas air. Kemudian rendamkanlah barang yang telah karat itu ke dalam larutan air tadi. Biarkan semalaman. InsyaAllah kesan karat pada besi akan beransur-ansur hilang. Selamatlah barang-barang yang dah berkarat itu daripada dibuang begitu sahaja. Selamat mencuba....