Kulit muka selembut bayi
BANYAK kegunaan asam jawa selain digunakan untuk menambah perisa dalam masakan terutamanya kari. Untuk mendapatkan kulit muka yang halus dan gebu juga boleh menggunakan khasiat asam jawa.
Caranya, ambil sedikit asam jawa yang diasingkan bijinya dan campurkan dengan sesudu tepung ubi. Tambahkan sedikit air, kacau rata sehingga menghasilkan larutan yang sederhana pekat. Selepas muka dibersihkan, sapukan ia pada seluruh wajah seakan-akan memakai pupur.
Biarkan lebih kurang 15 hingga 20 minit hingga pupur kering dan selepas itu bolehlah ditanggalkan. Kemudian anda bolehlah cuci muka dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, anda akan dapat merasakan kulit muka menjadi tegang, bersih dan lembut.