Doa selepas istikharah

"YA ALLAH, bahawasanya aku memohon petunjuk kepada-Mu tentang mana yang baik buat aku menurut ilmu-Mu dan aku memohon kesanggupan kepada-Mu dengan kudrat-Mu. Aku memohon kepada-Mu dari keutamaan-Mu yang besar kerana Engkau-lah yang menyanggupi aku tidak menyanggupi. Dan engkau-lah yang mengetahui yang aku tidak mengetahui. Engkau-lah Tuhan yang sangat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika urusan ini baik untukku mengenai agamaku, penghidupanku dan akibat pekerjaanku, maka takdirkanlah akan dia untukku dan mudahkan, kemudian berikanlah berkatnya. Dan jika pekerjaanku ini buruk untukku terhadap agamaku, penghidupanku dan akibat pekerjaanku maka palingkanlah akan ia daripada aku dan palingkan akan aku daripadanya dan takdirkanlah kebajikan untukku dimana sahaja ada ia, kemudian berikanlah hatiku meredainya "


Laman Doa Mukmin 1