Pesanan buat wanita 


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan katakan 
kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka 
menahan sebahagian penglihatan, memelihara 
kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya 
(tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka 
terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam 
pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak 
tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke 
leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), 
dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), 
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, 
anak-anaknya, anak-anak suaminya, 
saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak 
saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba 
sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan 
kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan 
(terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki 
yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan 
kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai 
pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah 
mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang 
perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah 
dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau 
perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan 
taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai 
orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.(surah 
An-Nur ayat 31) 

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang 
beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi 
peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah 
serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang 
diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka 
menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab 
sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah 
orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari 
zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras 
(dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan 
banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid 
ayat 16) 

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita 
ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun 
Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. 
Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang 
dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat 
masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. 
Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan 
muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang 
wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada 
wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya 
telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah 
s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama. 

Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita 
supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita 
(Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari 
zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan 
agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari 
seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup 
aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap 
acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang 
biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah 
"belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya 
atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? 
Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat 
sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak 
tutup-tutup lagi? 

Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan 
kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah 
s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan 
bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya 
boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja. 

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini 
adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami 
beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, 
Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat 
adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah 
menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya 
dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. 
Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau 
kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat 
menutup aurat. 


Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), 
sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan 
tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada 
bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya 
dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu 
dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat 
menggembirakan kamu. 


BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI 
NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT. 

          Laman Baca                  

Digitalhead Of United Sungai Ara    HAK CIPTA TERPELIHARA Ó BLOK 10, JALAN SIANTAN, FELCRA SUNGAI ARA, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA'ZIM  ( ALL RIGHTS RESERVED )

1