Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan
menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam
neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya
kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia
tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh
anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri
walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh
isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau
mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM
tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu
membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya
maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat
bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum
lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI
API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN
DAN BATU-BATU..."
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang
anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka
dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T
bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah
kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik oleh mana-mana pihak.
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH
S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua
kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang
mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang
ALLAH S.W.T berikan pada kita