Nombor Tarikh Lahir


Tarikh lahir kita mungkin boleh menerangkan siapa kita, apakah kelebihan 
kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus 
kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Tak tau la...maybe kebetulan or maybe jugak kebenaran...LET'S TRY IT..

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi apa 
yang kita inginkan tetapi ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang 
kita ada.

Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir
-----------------------------------------------------------

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik 
teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan 
kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan 
terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik 
atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, 
Nancy 
Reagan, Requel Welach

----------------------------------------------------------

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan 
orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat 
mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi 
mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak 
serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar 
untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara 
terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison, 
Wolfgang 
Amadeus Mozart.

-----------------------------------------------------------

3. Ceria

- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk 
mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, 
Jody 
Foster

-----------------------------------------------------------

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang 
sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakaladianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina
Turner, Paul Hogan

-----------------------------------------------------------

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil 
risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk 
mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat 
semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, 
Bette 
Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

-----------------------------------------------------------

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk 
berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah
penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan 
secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak 
boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep,
Christopher Columbus, Goldie Hawn

-----------------------------------------------------------

7. Intelektual

- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk 
menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka 
tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi 
penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar 
untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez,
Princess Diana

-----------------------------------------------------------

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa 
mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan 
keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,
Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

-----------------------------------------------------------

9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk 
berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang 
dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang 
sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan 
menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan
kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria
Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

          Laman Baca                  

Digitalhead Of United Sungai Ara    HAK CIPTA TERPELIHARA Ó BLOK 10, JALAN SIANTAN, FELCRA SUNGAI ARA, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA'ZIM  ( ALL RIGHTS RESERVED )

1