Rahsia Diri Ada Pada Hari Lahir 


1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal 
cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. 
Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud 
keserasian. 

2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang 
dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu 
sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, 
tiada siapa yang mampu mengubahnya. 

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam.menjalani kehidupan. 
Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah 
dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk 
didekati. 

4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut 
perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering 
tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu 
saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah. 

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh 
memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung 
kepada orang-orang yang kamu sayangi. 

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik 
hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau 
bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta. 

7hb. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun 
sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan 
pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat! 

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi 
pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu 
semata-mata saja! 

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan 
keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang! Dalam 
soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga. 

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat 
mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira 
dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala 
membuatkan buah hati terasa diri terpinggir! 

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur 
kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga 
bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini 
terasa boring bila terlalu mengikut peraturan????? 

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu 
memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, 
ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun 
berpunya!! 

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. 
Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering 
tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu 
amat pandai menjaga perhubungan. 

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. 
Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada 
sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai 
hidup kamu!! 

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu 
secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus 
bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang 
suka membuat tindakan 'last minutes'. 

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey dan 
sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring 
dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit. 

17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu 
sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak 
tahu perasaan sebenar kamu. 

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan 
dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan 
pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan 
kata sayang. 

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan 
termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka 
mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius. 

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. 
Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik 
minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!! 

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan 
orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih 
baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak 
suka sebelum terlambat. 

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita 
tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan 
memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di 
sampingnya. 

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka 
mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di 
samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu 
serius dalam hidup. 

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan 
cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat 
menggongkong si dia. 

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai 
lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka 
mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau 
kan????? 

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam 
perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan 
saja!!!! 

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun 
kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!! 

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan 
teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, 
kamu meminggirkan sidia tanpa disedari. 

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja 
selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki. 

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu 
dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!! 

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.Jangan begitu, 
hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!! 

          Laman Baca                  

Digitalhead Of United Sungai Ara    HAK CIPTA TERPELIHARA Ó BLOK 10, JALAN SIANTAN, FELCRA SUNGAI ARA, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA'ZIM  ( ALL RIGHTS RESERVED )

1