Tarikh Lahir berdasarkan Hari


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24 
 
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun 
dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir 
tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang 
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius 
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, 
dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan 
pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan 
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya 
demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama. 
 
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30 
 
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri 
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul 
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci 
jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar 
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- 
buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap 
pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang 
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 
 
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29 
 
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan 
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, 
dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana 
dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam 
bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan. 
 
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13 
 
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka 
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan 
diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata 
keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang 
tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat 
dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan 
faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, 
mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 
 
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17 
 
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita 
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia 
adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya 
dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang 
menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang 
lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar 
pasangan. 
 
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27 
 
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang 
menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia 
disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang 
yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga 
dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 
 
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31 
 
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & 
jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu 
itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi 
masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali 
merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya. 
 
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23 
 
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia 
bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- 
teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan 
suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan 
seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu 
dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. 
Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. 
 
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21 
 
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai 
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang 
mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam 
menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah 
dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik 
dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling 
jahat. 
 
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19 
 
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia 
berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada 
dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering 
membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam 
Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat 
kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam 
pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah 
untuk dipercayai. 
 
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26 
 
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada 
tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap 
bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap 
penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci 
pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang 
menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi 
perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun 
begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan. 
 
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25 
 
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai 
kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana 
perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh 
pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri 
jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. 
Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi 
jolokan seniman asmara 

 

          Laman Baca                  

Digitalhead Of United Sungai Ara    HAK CIPTA TERPELIHARA Ó BLOK 10, JALAN SIANTAN, FELCRA SUNGAI ARA, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA'ZIM  ( ALL RIGHTS RESERVED )

1