Sumpah



Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis...tidak kira
siang atau malam mereka akan bertengkar.. Setiap pertengkaran itu pastinya
menggangu jiran tetangga...

"Kalau aku mati...aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah
di depanku untuk keluar mencekik engkau.." terdengar pekikan si Wahid...

Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap
isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar
biasanya...

Beberapa hari berlalu.... Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari...
Walaupun benci, tapi sebagai isteri... Minah tetap menguruskan pengebumian
suaminya dengan baik..

Seminggu selepas itu.. Jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah
yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.

"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.

"Tidak!" jawab Minah.

"Biarkan saja dia mengorek tanah....Aku dah tanam dia mengadap kebawah..!"

          Laman Baca                  

Digitalhead Of United Sungai Ara    HAK CIPTA TERPELIHARA Ó BLOK 10, JALAN SIANTAN, FELCRA SUNGAI ARA, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA'ZIM  ( ALL RIGHTS RESERVED )

1