Baca ler kengkawan untuk renungan dan teladan!!
Cerita yang menyayat hati.....boleh ke kita sabar
seperti Tok Imam ni jika diuji Allah dengan ujian
seberat tu?
Satu kisah benar yg terjadi..di Felda
tempat saya (penulis),
sebuah cerita duka seorang imam tua yg tabah
menghadapi dugaan dari
peristiwa-peristiwa yg terjadi keatas dirinya.walaupun
skripnye tidak
sama dgn kedua-dua drama arahan Rashid Sibir nie tapi
cerita nie tetap sama mengenai kesepian warga emas yg
ditinggalkan org yg tersayang.apapun saya minta maaf
jika ayat yg saya gunakan tidak betul sebab saya nie
bukan penulis...sekadar hanya ingin berkongsi cerita
nie pada semua pembaca relexjab. cerite nie saya
dengar dari pada kedua-dua org tua saye, kawan-kawan
sekampung dan dari perbualan seharian saya pd empunye
diri..
Ok..cerita nie begini....Pak Mat (bukan nama sebenar)
seperti
org-org melayu yg lain diantara mereka yg menyahut
cabaran PM kita yg
kedua Tun Abdul Razak memasuki Tanah Rancangan
Felda...baginya itu saja jalan utk menambah pendapatan
dan menyara kehidupan keluarganya lantaran dia
sediripun sekarang hanya bekerja sebagai buruk kasar
di Batu Pahat Johor. Jadi panggilan ke tanah Rancangan
Felda di Kota Tinggi Johor tidak di lepaskan begitu
saja, maka berangkatlah dia bersama isteri dan anak
lelakinye ke tanah rancangan felda itu dgn sema ngat
membara utk memajukan kehidupan keluarganya.tahun demi
tahun ditempohi mereka bersama..w/pun perit krn
bekerja di ladang kelapa sawit dimamah bahang mentari
tapi mereka tetap tabah kerana dgn itu sajalah peluang
mereka utk memiliki tanah sendiri tercapai..
Kini sudah
6 tahun mereka tinggal di Tanah felda ini..keluarga
mereka juga sudah bertambah ..Pak Mat telah
dikurniakan 2 lagi cahaya mata perempuan di bumi felda
yang permai ini. Walaupun hidup susah tapi mereka
tetap gembira..oleh kerana Pak Mat nie menpunyai ilmu
agama yg agak tinggi
maka penduduk disitu telah melantik beliau sebagi Imam
bagi surau yg
baru didirikan disitu yg terletak betul2 disebelah
rumahnye....
Namun kebahagian keluarga nie hanya
seketika, satu tragedi sedih telah menimpa keluarga
ini..kejadian berlaku pd suatu pagi semasa Pak
Mat bersama-sama anak lelaki tunggalnya (berumur lebih
kurang 12 tahun waktu itu) bekerja di ladang
k/sawit..dimana anak lelakinya telah di patuk ular
semasa cuba mengangkat pelepah dahan
k/sawit..kedudukkan Pak Mat yg agak jauh dgn anaknya
menyebabkan dia tidak dengar jeritan meminta tolong dr
anaknya..anaknya rebah semasa menuju ke arah ayahnya
utk meminta bantuan...Pak Mat yg tekun bekerja di
ladang menyebabkan dia lupa seketika dimana anaknya
berada..bila ia sedar dia cuba mencari anak
kesayangannya tapi yg hanya dijumpai sekujur tubuh yg
sudah biru terbaring di pangkal pokok k/sawit..Pak Mat
cuba meberikan pertolongan cemas pd anaknya...tapi
sayang semuanya sudah terlambat anaknya sudah
tiada...Pak Mat meraung kesedihan, apa yg perlu
diterangkan pada isterinya nanti...kini Pak Mat
kehilangan anak yg diharapkan dapat membantu
kerja-kerja di kebun, anak yg didoakan setiap hari yg
akan dapat menbela keluarganya bila dia sudah tiada
lagi..Pak Mat redha dgn ketentuan dari yg Maha Esa.
hanya penyesalan mengelubungi dirinya..kenapa mesti
dia membiarkan anaknya berada jauh di kebun... W/pun
dia menangis dgn air mata darah sekalipun anaknya
takkan
kembali...
Belum pun reda kesedihan kehilangan anak yg
dikasihi, Allah
sekali lagi mengujinya..isteri yg selama nie menjadi
tulang belakang kpd kehidupan keluarganya mengalami
kemalangan semasa menuju ke ladang k/sawit..beliau
terjatuh dari lori yg sedang bergerak laju (biasanya
peneroka Felda dulu-dulu menaiki lori utk menuju ke
ladang masing-masing)..ekoran dari kemalangan ini
isteri Pak Mat telah disahkan lumpuh dari paras
pinggang kebawah kerana mengalami kecederaan tulang
belakang yg serius..
Kini dia memikul dua tugas..sebelum nie beliaulah
ketua keluarga
yg mencari rezeki utk anak-anak..kini beliau juga
perlu menguruskan hal-hal rumah tangga..w/pun beb an
yg dipikulnya semakin berat.. dia tetap redha atas
semuanya..tidak pernah dia kecewa atas dua tragedi
sedih yg menimpa keluarganya, baginya ini semua
kehendak Allah.
Kini sudah 13 tahun masa berlalu, Pak
Mat sudah menerima kenyataan atas kehilangan anak
lelaki tunggalnya dan kemalangan yg menimpa
isterinya..beban yg dipikulnya dlm menguruskan hal
rumahtangga semakin berkurangan, dua anak gadisnya
sudah boleh diharap utk meguruskannya..isterinya w/pun
lumpuh tetap membantu hal-hal rumahtangga...Pak Mat
tetap menyayangi isterinya, w/pun
isterinya mendesak supaya dia berkahwin lagi tetapi
cintanya terhadap isterinya tetap menimbal walau apa
pun yg terjadi dia tidak akan berkongsi ka sih dgn org
lain, saya nak tanye..ada ke lelaki seperti nie pada
masa nie??. W/pun Pak Mat suami Isteri..hanya
bersekolah setakat sekolah melayu tetapi beliau telah
dikurniakan 2 org anak perempuan yg sgt pintar..anak
perempuan pertama (sama baya dgn saya) telah mendapat
keputusan paling cemerlang dlm peperiksaan SPM dan
telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di U.K
dlm bidang kedoktoran melalui tajaan JPA manakala anak
keduanya juga mendpt keputusan cemerlang dlm Penilaian
darjah lima telah ditawarkan tempat di
sekolah asrama penuh. Jerit perit Pak Mat membesarkan
mereka kini sudah
berbaloi, tidak ada apa yg dipinta oleh Pak Mat selain
mendoakan kedua
anak kesayangannya ini dpt membantu beliau suami
isteri jika dia sudah tidak larat bekerja.
Penduduk di sekitar kaw ini juga tumpang gembira atas
kejayaan
anak Pak Mat krn menjadi anak peneroka pertama di kaw
ini dapat melanjutan pelajaran ke luar negeri.Siapa yg
tak gembira anak yang dididik hingga besar kini akan
bakal bergelar seorg doktor..w/pun terpaksa berpisah
dgn dua-dua anaknya tapi Pak Mat rasa bangga dgn
kejayaan anak-anaknya.
2
bulan sebelum anaknya
perempuannya berangkat ke UK, Pak Mat telah mengada
kenduri doa kesyukuran buat anaknya itu. Petang
sebelum kenduri itu diadakan anak perempuan sulongny a
mengadu sakit kepala, tapi Pak Mat tak ambil pusing
hal tu, mungkin krn terlalu penat agaknya, bila makan
ubat baiklah agaknya..fikirnya..Tapi....lain pula yg
terjadi anak perempuannya itu rebah semasa membawa
dulang makanan ke ruang tamu..sambil memegang kepala,
meronta kesakitan yg amat sgt di bahagian
kepalanya...mlm itu juga Pak Mat menghantar anaknya ke
sebuah Hospital di Kota Tinggi atas bantuan dari
pengawai Felda di kaw situ...dari Kota Tinggi anaknya
terus dikejarkan ke
HSA (Hospital Sultanah Aminah) JB..selama seminggu
anaknya ditahan di
sana tapi doktor belum menbuat kepastian mengenai
penyakit anaknya
itu..keadaan itu meresahkan Pak Mat kerana tinggal
kurang dari dua bulan lagi anaknya akan berangkat ke
UK. Setelah satu bulan barulah doktor dapat
mengesahkan dgn tepat penyakit anaknya itu..berita yg
diterimanya bagaikan satu beban yg berat menimpa
kepalanya..Doktor mengesahkan anaknya menghadapi
penyakit barah otak pd tahap yg kritikal dan tiada
apa-apa yg dapat dilakukan oleh doktor lagi dan doktor
menramalkan anak perempuannya hanya mampu bertahan
kurang dr 6 bulan..Pak Mat hanya tunduk layu bila
mendengar penjelasan doktor tadi..ia bagaikan meragut
segala kebahagian yg ada padanya..bagaikan
baru semalam dia menerima khabar gembira dari anaknya
yg dia terpilih ke UK utk mengambil jurusan Kedoktoran
yg menjadi idaman dan cita-cita anaknya semasa
kecil..kini semuanya seperti sudah berakhir..w/pun
begitu Pak Mat tetap berusaha utk mengubati anaknya
melalui cara tradisional di samping terus berdoa pd
Allah supaya menyembuhkan penyakit anaknya dan dia
terus berpegang pada prinsip hidup dan mati seseorg
bukan ditentukan oleh doktor itu semua diatas
kekuasaan Allah..
Namun kuasa Allah tidak dapat dihalang oleh kita insan
yg lemah
ini...akhirnya anak perempuan kesayangannya itu
menghembusan nasaf yg
terakhir dipangkuannya dikelilingi isteri dan adiknya
pada mlm yg sunyi
itu. Paling menghibakan tarikh kematian allahyarham
adalah selang sehari dari tarikh sepatutnya dia
terbang ke London utk melanjutkan pelajaran, awal 4
bulan dari jangkaan doktor tempoh anaknya boleh
bertahan dari penyakitnya..Siapa yg tidak sedih tarikh
sepatutnya dia sekeluarga menghantar anaknya ke
airport sambil menangis kegembiraan, memeluk dan
mencium mesra anaknya sebelum berangkat di rantau
org..kini dia hanya mampu mencium sekujur tubuh yg
kaku sebelum mengiringi jenazah ke persemadian
terakhirnya..............
Pak Mat tabah menghadapi ujian Allah baginya yg hidup
perlu
terus berjuang..namun tidak bagi isterinya..kehilangan
seorg anak yg be gitu manja pada ibunya, yg setiap
hari memandi dan menghiaskan ibunya..seperti tidak
dapat diterima oleh isterinya.. Sememang anak
perempuan sulongnya begitu rapat dgn isterinya, Ibu
mana yg tak sayang anaknya setiap hari hanya gambar,
baju dan beg besar yg sepatutnya dibawa oleh anaknya
ke UK menjadi tatapan isterinya sambil mengalir air
mata ..Isterinya seperti org yg sudah hilang akal,
berbual seorg diri, enggan makan & minum setiap hari
hanya menatap gambar anak kesayanganya itu..Sudah puas
Pak Mat menasihati, memujuk isterinya tapi tak
berkesan, kerana terlalu mengikutkan perasaannya
akhirnya isteri Pak Mat jatuh sakit, krn enggan makan
dan minum tubuhnya susut dgn
mendadak, sudah byk wang ringgit digunakan utk
mengubati penyakit
isterinya dah byk juga bomoh yg cuba mengubati
penyakit isterinya tapi semua hampa...ada juga
jiran-jiran yg mensyorkan pada dia supaya mendapatkan
rawatan di Hospital Permai tapi dia enggan
menghantarnya krn baginya isteri bukan gila...akibat
menanggung rindu yg amat sgt ekoran kehilangan anak
yang disayangi akhirnya isteri mengikuti langkah anak
perempuannya..kematian isterinya mengitu menyayat hati
krn tiada siapa yg berada disisinya..meninggal dunia
di atas kerusi roda sambil tangannya mengengam erat g
ambar anak perempuan sulongnya..
Kematian isterinya
selang 6 bulan setelah kehilangan anak perempuannya
merupakan satu tamparan hebat buat Pak Mat, kini hanya
tinggal anak perempuan keduanya saja tempat dia
mencurahkan kasih sayang..setelah hidup bersama lebih
20 tahun suka duka ditempohi bersama akhirrnya ikatan
perkahwinan mereka terlerai juga........
Lima tahun sudah berlalu setelah kematian isteri dan
anak
perempuannya, sudah kering air matanya membasahi
kelopak mata...w/pun
ramai jiran taulan mendesaknya supya berkahwin lagi
tapi Pak Mat tetap
berpegang pada janjinya semasa mula bernikah dgn
isterinya...Tidak akan ada orang kedua diantara
mereka, biarlah mereka bercerai mati dan Pal Mat
berjanji tidak akan berkahwin lagi jika isterinya
meninggalkanya, Biarlah dia memduda sampai akhir
hayatnya.
Anak kedua yg menjadi harapannya kini hanya
bekerja kilang sebagai Operator setelah gagal dlm
peperiksaan SPM, mugkin kerana tertekan ekoran
kematian dua insan yg dicintai menjadi penyebab
kegagalannya. Lantaran kurang dari perhatian dari
keluarga dan mungkin menghilangan kesedihan di hati
anak perempuan keduanya yg dididik dgn pendidikan
agama yg cukup bertukar menjadi liar, tudung yg
sentiasa menghiasi kepalanya kini tiada, sudah pandai
memakai pakaian yg terdedah, dia juga sudah semakin
jarang balik kerumah, bila ditanya alasanya buat
overtime. Ada anak-anak jiran sebelah yg mengadu pd
Pak Mat anaknya sekarang sudah menjadi ‘Bohsia'...tapi
apakan dayanya itulah satu-satunya permata yg
tinggal..dia hanya mampu menasihati anaknya saja.
Namun sabar seorg ayah pd anaknya ada batasannya, satu
hari semasa dia mengemas bilik anaknya dia terjumpa
sepeket kecil daun ganja di kocek seluar anaknya, apa
lagi mengamuklah org tua tu hingga dia tidak sedar
telah menampar muka anaknya yg bersikap kurang ajar
pdnya...itulah buat pertama kali dlm hidupnya setelah
bergelar ayah dia meletakkan tangan ke muka
anaknya..selama ini dia mendidik dgn penuh kasi
sayang..tapi akhirnya dia tidak dpt mengawal
perasaanya..
Lantaran dari peristiwa ini anaknya telah lari dari
rumah, kini sudah dua minggu anaknya tidak pulang
kerumah sudah puas dia bertanya
dgn kawan-kawan rapatnya semuanya tidak tahu dimana
anaknya berada.
Pagi itu seperti biasa selepas
bersarapan Pak Mat akan ke kedai utk membeli surat
ahabar..Alangkah terperanjatnya dia bila membaca satu
berita yg agak ringkas di dada akbar hari itu "Seorang
Wanita dijumpai mati dibelakang Bangunan.........."
"Wanita itu di kenali sebagai.......bte muhamad
beralamat No........Felda......Johor" seluruh
anggotanya menjadi lemah bila membaca berita itu,
dikuatkan semangatnya utk mengulangi membaca berita
tersebut...memang tidak dapat diragukan lagi itu nama
anak perempuannya dan itu juga alamat rumahnya, Pak
mat seperti hilang arah, tak sampai satu jam rumah Pak
Mat menjadi riuh, semuanya mahukan kepastian mengenai
perkara tersebut. Atas bantuan seorang jiran mereka
telah menelefon Balai Polis di JB..utk pengesahan dan
Pak Mat diminta pergi ke Rumah mayat utk pengecaman
mayat.Bila melihat saja mayat itu Pak Mat tak dapat
menahan perasaannya
terus memeluk, mencium tubuh anaknya yng sudah kaku
dan sejuK tu..tak
dapat digambarkan perasaannya pada masa itu hanya air
matanya saja yg
bercucuran.Menurut laporan polis anak Pak Mat ini
telah di Rogol lebih
dari seorang sebelum di bunuh menggunakan pisau (krn
terdapat sepuluh tikaman di dadanya) sebelum
dicampakkan di belakang bangunan tersebut.hari itu
gempar satu kaw Felda..anak Pak Mat mati dibunuh org
semua org bercerita kisah yg sama.Sehingga sekarang
org yg membunuh anaknya masih belum diketahui,
kisah disebalik tragedi ini masih lagi menjadi misteri
12/02/2003
Sudah hampir sepuluh tahun peristiwa
pembunuhan anak
perempuan keduanya berlaku dan sudah hampir sepuluh
tahun jugalah Pak
Mat tinggal seorang diri dirumah tiga bili k yg
dibinanya sendiri hasil titik sepuluhnya
sendiri.Semuanya kini dilakukan bersendirian.Kesepian,
kepiluanan hatinya hanya tuhan saja yg tahun w/pun
sering kali dia cuba
menyembunyikan melalui gurau sendanya dlm perbualannya
tapi itu hanya utk menutup kerinduan pada keluarganya
yg telah tiada.Walaupun keseorangan t/jawabnya sebagai
Imam dan guru al quran di surau tempat saya tidak
pernah diabaikan dia tetap menunaikan kewajipan
mengetuai sembahyang berjemaah di surau itu dan
mengajar anak-anak ilmu al quran..
Baru pagi tadi Pak
Mat mengimamkan sembahyang sunat Aidiladha dan membaca
kthubah hari raya qurban, jika insan lain bergembira
menyambut kepulangan anak dan cucu di hari mulia ini
Pak Mat hanya keseorangan. Namun kami penduduk
disekitar sini tidak pernah mengabaikan kebajikan Pak
Mat, ada saja sumbangan berupa juadah makanan, pakaian
daripada jiran tetangga, w/pun Pak Mat mengatakan dia
tidak akan menerima sumbangan berupa wang ringgit dari
mana-mana pihak krn baginya dia bukan peminta
sedekah..duit hasil kebunnya sudah cukup utk
menyaranya seorg diri. Dalam usia yg semakin senja
begini sepatutnya inilah masanya utk kita bermain dgn
cucu yg semakin meningkat naik tapi bagi Pak Mat itu
sekadar impaian yg tidak pernah kesampaian.
Setiap
petang selepas solat asar dan setelah habis menga jar
al-quran kebiasaannya Pak Mat akan duduk bersandar di
'Beranda' rumahnya sambil memerhatikan kanak-kanak
bermain riang, mungkin
dlm hatinya berkata jika anak-anakku masih hidup tentu
aku sudah
bergelar datuk sekarang. Pak Mat akan terus duduk
disitu setiap petang hinggalah akhir hayatnya nanti..
yg mungkin ditinggalkannya hanyalah sebuah rumah papan
dan 10 ekar kebun kelapa sawait yg akan diwakafkan kpd
anak-anak yatim menurut ceritanya pada saya dan
jasanya sebagi seorang imam dan sebagai guru al-quran
kpd anak-anak peneroka disitu tetap akan diingati.....
Itu sajalah yg dapat saya sampaikan, mungkin cerita
saya ni e
panjang lebar tapi terpulang pada semua pembaca
menilainya.Tujuan saya bukan utk mendapatkan simpati
atas cerita ini tapi utk dijadikan sebagai pedoman
kepada kita yg akan atau sudah bergelar ayah dan ibu
supaya beringat selalu kerana bila sudah tua nanti
mungkin kita juga mengalami nasib seperti Pak
Mat...jadi bersedialah..
Fikir-fikirkanlah...
Terima Kasih