Perempuan yg bergelar isteri (DG)


Assalammualaikum... DG saja yea...

Yang pertamanya, DG ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas 
pemberian TM iaitu "BDG". Tak sangka pula sumbangan DG yang tidak 
seberapa terpilih dan semoga menjadi penggerak semangat DG dan rakan-
rakan yang lain untuk menyumbang ke arah ilmiah di RJ ini. Terima 
kasih. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Zaman muda... hmmm... Ada umur, semua orang akan pasti melalui zaman 
muda. Bagaimana kita mewarnakan zaman muda kita bergantung kepada 
perilaku dan peribadi seseorang individu tersebut. Bagi DG, diri DG 
sendiri semasa zaman remaja, DG gemarkan aktiviti lasak dan lebih 
kepada aktiviti orang lelaki. Oleh itu, tak dinafikan rakan-rakan DG 
lebih kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita. Tapi, bila ada kawan-
kawan perempuan yang sekepala, kami mesti kamcing habis sejak dari 
zaman persekolahan sehingga kini. Ini diakui oleh hubby bila sejak 
mula kenal dengan DG, dia terkejut kerana kawan-kawan DG yang DG 
perkenalkan kepadanya lebih ramai lelaki dari perempuan. Tapi, dia 
tak leh nak kata banyak lah kerana kengkawan dia pun ramai 
perempuan... Ialah, orang mulut manis...

Sehingga kini tiada larangan yang keras untuk DG terus berkawan cuma 
kena patuh pada syaratnya. TIDAK BOLEH MAKAN BERDUA-DUAAN, pergi 
ramai-ramai ataupun kalau nak makan sangat, jemput datang rumah, 
makan apa nak makan, borak sampai tak balik pun boleh asalkan di 
rumah. Ok lah tu, selagi dia tak suruh DG putus sahabat, DG terima 
syaratnya.

Pada DG pulak, percintaan dan perkahwinan tak bermakna putus 
persahabatan. DG sehingga kini tidak dapat memahami kenapa bila orang 
bercinta sanggup putus hubungan dengan kawan-kawan lamanya. Hatta 
sahabat pun boleh dilupakan. Tidak bagi DG, sedari awal, DG dah 
beritahu b/f DG (hubby) yang DG ramai kawan dan DG tak pernah 
terlintas, terniat, terfikir nak putus sahabat hanya kerana DG dah 
ada boyfriend. DG sanggup hilang "satu orang" dari hilang "20 
orang.." (mulut...hati sayang ooiii..)

Sebab utama DG, DG dah lalui suka duka bersama-sama kawan-kawan dan 
sahabat-sahabat DG terlebih dahulu, jaaauuuh sebelum bercinta dengan 
dia dan DG TAK SANGGUP dan TAK MAHU memutuskan persahabatan hanya 
kerana seorang lelaki baru yang belum tentu baik dengan DG 
sepenuhnya. Terpulang padanya menerima maksud kata-kata DG. Mulanya 
dia agak keberatan menerimanya tetapi melihatkan pergaulan DG yang 
masih dibatasi etika-etika budaya dan agama, akhirnya dia terpaksa 
dan pasrah dengan pendirian DG... Lagipun, kan dah cinta... ikut aje 
lah. Tapi, DG mahu dia ikhlas menerima kerana persahabatan itu akan 
berlangsung juga, walau setelah DG berkahwin dengan dia jika 
diizinkanNYA, sehingga ke akhir hayat, . Dan, Alhamdullillah, 
sehingga kini DG tak pernah putus sahabat, kerana itu DG sanggup 
patuhi syarat hubby kerana dia ikhlas kat DG dan DG ikhlas kat dia. 
Tentang para kawan dan sahabatnya tak kira perempuan ke lelaki, DG 
terima seadanya.. Selagi tak melepasi landasan-landasan yang 
sepatutnya DG rasa tak rugi bersahabat dan berkawan... Dari sini, 
pelbagai ragam, pengalaman, pengetahuan dan perangai manusia dapat 
dikaji. 

Jangan hanya kerana seorang lelaki atau perempuan yang bergelar 
kekasih, kita kehilangan rakan-rakan yang sama-sama membesar dan 
bersuka duka bersama... itu bukan prinsip DG... kalau kita buang 10 
ORANG KAWAN/SAHABAT kerana SEORANG kekasih, ditakdirkan kekasih yang 
seorang ini tinggalkan kita, kita tinggal keseorangan tanpa kawan 
atau kekasih... Tidak kah kita rugi... Nak berpatah balik pada 
kengkawan??? MALU!! Bercinta tak bermakna kekal selamanya... tapi 
persahabatan/persaudaraan yang berlandaskan keikhlasan akan 
berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Lagipun, para kawan dan sahabat 
ini adalah warna-warna pelangi kehidupan kita... Yang selalu berlaku 
apabila seseorang individu bercinta, kawan-kawan secara perlahan-
lahan dilupakan atas alasan menjaga hati seorang kekasih... Kasih 
baru memang menyenangkan sehingga kita terlupakan yang lama tetapi 
harus ingat, yang lama itu berharga. Yang baru masih banyak perlu 
dipelajari. 

Bertindak bijaklah.. berkawan, bersahabat, bercinta dan berkahwin 
mempunyai keindahan yang tersendiri. Dulu, ada di kalangan kawan-
kawan DG seperti menjauhkan diri atas alasan DG dah menjadi isteri 
orang, DG bertindak mengumpulkan semua rakan-rakan di dalam satu 
jamuan makan dan di sini DG secara langsung dan tak langsung cuba 
menyampaikan nilai persahabatan yang tak mungkin akan terputus hanya 
kerana "aku seorang isteri". Yang amat penting, hubby DG kenal dengan 
siapa DG berkawan, kemana, di mana, pukul berapa pergi dan balik, 
naik apa, tujuan apa, (cewah..kalah polis pencen) purpose of the 
meeting dsbgnya. Mungkin pada orang lain ianya renyah, remeh, 
menyusahkan tetapi tidak bagi DG. Mungkin kerana DG rasa DG mahu 
hubby menerima kawan/sahabat DG dan kawan/sahabat DG menerima hubby, 
semuanya terjadi secara automatik dan spontan. Tak salah jika kita 
benar dan tulus di dalam setiap perhubungan... kita berterus 
terang... Kenapa, mengapa, bagaimana, pasal apa, berapa dan 
tah "apa...apa....apa.." lagi... Ini kan penting demi sebuah 
kepercayaan dan keikhlasan..

~~DG~~

          Laman Baca                  

Digitalhead Of United Sungai Ara    HAK CIPTA TERPELIHARA Ó BLOK 10, JALAN SIANTAN, FELCRA SUNGAI ARA, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA'ZIM  ( ALL RIGHTS RESERVED )

1