Sebaik sahaja selesai diijab kabul,
secara rasmi kita menjadi miliknya. Kalau dulu hanya sebagai
kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita
sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga
seluruh anggota keluarganya.
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin,
tentu
tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang
mata dengan
keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila
memikirkan
cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.
Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri
dengan
beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan
hanya bermula
selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan
lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi
menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan
berkenal-kenalan
dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka
melalui
telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran,
cuba sesekali
luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.
Sekurang-kurangnya
dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika
anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya
dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda,
apa yang
disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai
dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan
ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di
hadapan
mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda
terhadap anak
mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati
mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita
tentang
pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa
bercerita
dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan
pula anda
bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri
sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda
juga
harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah
anda
cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda
betul-betul berminat
dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan
belajar
sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang
Tahun
Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon
mengucapkan
sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan
membawa hadiah.
Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis
untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda
seorang yang
'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda.
Kata orang,
kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan
sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan
keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang
membantu
mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan
dengan
memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti
periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan,
tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi
jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang
patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda
menyayangi
keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah
daging sendiri
supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke
akhir hayat.
Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka,
pastikan
anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.