Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang
lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang
suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang
tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa
ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa
jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di
situ begitu sepi sekali.
Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk
dikebumikan jenazahnya.
Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan
keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.
Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba
mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama
bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.
Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan
tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang
lahad, menunggu mayat dikebumikan.
Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut
tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang
tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang
itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan
mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau
yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali
satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan
bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para jemaah
pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda
perlahan-lahan.
Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati binatang ganjil itu
sudah pun berada di dalam lubang itu.
Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya
kaum kerabat lelaki tiu mengambil keputusan untuk mengkebumikan
jasadnya dengan binatang tersebut.
Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah
terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur
tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati
itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat
menakutkan setiap yang berada di tahah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada
perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya?
Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang
lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka
suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan 'mandi hadas'
setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar)
apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat
dari neraka.
Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam.
Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah
azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa...
sila-silakanlah..